Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MAS kenakan perintah larangan ke atas 3 pedagang dalam kes perdagangan orang dalam

Tiga pedagang yang sebelum ini melakukan kesalahan perdagangan orang dalam (insider trading), dikenakan perintah larangan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Anggaran Waktu Membaca:
MAS kenakan perintah larangan ke atas 3 pedagang dalam kes perdagangan orang dalam

Penguasa Kewangan Singapura. (Gambar: Jason Quah/TODAY)

Diterbitkan : 14 Aug 2019 06:44PM Dikemas Kini : 14 Aug 2019 06:48PM

SINGAPURA: Tiga pedagang yang sebelum ini melakukan kesalahan perdagangan orang dalam (insider trading), dikenakan perintah larangan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

E Seck Peng Simon dan Leong Chee Wai dilarang daripada melakukan sebarang kegiatan terkawal di bawah Akta Sekuriti dan Dagangan Hadapan (SFA) selama 15 tahun, menurut MAS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu (14 Ogos).

Toh Chew Leong pula dikenakan larangan selama 13 tahun.

Mereka juga dilarang daripada mengambil bahagian dalam pengurusan, memangku jawatan selaku pengarah atau menjadi pemegang saham utama mana-mana firma perkhidmatan pasaran modal di bawah SFA.

Ketiga-tiga perintah larangan itu berkuat kuasa Selasa (13 Ogos).

Menurut MAS: "Tiga individu itu terlibat dalam aturan perdagangan yang memanfaatkan maklumat sebelum klien menerima maklumat, sepanjang tempoh tujuh tahun dan bersubahat untuk menyalah guna maklumat sulit dalam kegiatan mereka bagi keuntungan peribadi".

Ketiga-tiga lelaki itu adalah wakil dari pemegang Capital Market Services Licence semasa mereka melakukan jenayah tersebut.

E merupakan seorang remisier bersama UOB Kay Hian dari Februari 2022 hingga 1 Oktober 2014. Rakan universitinya, Leong, ialah peniaga ekuiti kanan bersama First State Investments Singapore (FSIS) dari 28 Disember 2022 hingga 16 Mei 2014.

Toh juga seorang pedagang ekuiti kanan bersama FSIS, dari Julai 2004 hingga 16 Mei 2014.

Leong, E dan Toh disabit kesalahan perdagangan orang dalam dan masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, dua setengah tahun dan 20 bulan.

Ini merupakan kes pertama di Singapura melibatkan perdagangan orang dalam, yang dikenakan hukuman lebih berat.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan