Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Marry Christmas'? SBS Transit mohon maaf atas kesilapan ejaan di stesen MRT

SBS Transit pula hari ini (26 Dis) memohon maaf atas kesilapan ejaan setelah papan tanda di sebuah stesen MRT kerana memaparkan ucapan 'Marry Christmas' dan bukan 'Merry Christmas'.

Anggaran Waktu Membaca:
'Marry Christmas'? SBS Transit mohon maaf atas kesilapan ejaan di stesen MRT

Gambar yang tersebar online dan WhatsApp. (Gambar: Facebook / Michelle Chong)

Diterbitkan : 26 Dec 2017 08:54PM Dikemas Kini : 26 Dec 2017 09:12PM

SINGAPURA: Baru kelmarin Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memohon maaf atas kesilapan ejaan pada gegantung sempena sambutan Krismas yang dipasang di lapangan terbang Kota Bahru.

Ia dieja "Mary Christmas and Happy New Years" dan segera menjadi viral di media sosial.

Kini pengendali pengangkutan SBS Transit pula hari ini (26 Dis) memohon maaf atas kesilapan ejaan setelah papan tanda di sebuah stesen MRT kerana memaparkan ucapan 'Marry Christmas' dan bukan 'Merry Christmas'.

Kesilapan itu bermakna "Berkahwin dengan Krismas".

Gambar-gambar yang tersebar online dan menerusi aplikasi WhatsApp menunjukkan mesej 'Marry Christmas' pada papan tanda di sebuah stesen MRT Laluan Downtown yang tidak dapat dikenal pasti.

"Kami memohon maaf atas kesilapan ejaan itu dan sudahpun membetulkannya. Kami berharap ia tidak mencemarkan perayaan para penumpang kami," menurut Naib Presiden Kanan Komunikasi Korporat SBS Transit, Tammy Tan, dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp.

Setelah gambar-gambar tersebut tersebar, warga siber mempersendakannya di media sosial.

"Saya kurang pasti kalau saya begitu cintakan Krismas (sehingga mahu berkahwin dengannya). Malah, saya cuma ada tiga minit untuk membuat keputusan," menurut selebriti tempatan, Michelle Chong, di laman Facebooknya.

"Hi nama saya Christmas," kata seorang warga siber sebagai komen kepada gambar papan tanda tersebut.

Komen itu dibalas seorang lagi warga siber yang berbunyi: "Saya diberitahu saya perlu berkahwin dengan awak?".

"Saya baru sahaja menyambut Krismas...Tidak perlu berkahwin," tulis pengguna Facebook, Kevin Goh.

Sebahagian warga siber pula menyatakan terdapat kesilapan yang serupa di salah satu papan tanda di lapangan terbang Kota Bahru, yang tertera "Mary Christmas".

"Kami sudahpun segera menurunkan papan tanda tersebut sebaik sahaja menyedari kesilapan tersebut semalam," menurut Lapangan Terbang Malaysia di laman Facebooknya pada Ahad (24 Dis).

Ia juga meminta maaf kepada orang ramai dan mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada mereka.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan