Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Marah dipatuk burung kakak tua, ibu tiri bunuh haiwan peliharaan anak

Seorang wanita berusia 39 tahun, Tran Thi Thuy Hang, dijatuhi hukuman penjara selama empat minggu hari ini (1 Ogos) kerana menganiaya burung peliharaan anak tirinya sampai mati tahun lalu, menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA).

Anggaran Waktu Membaca:
Marah dipatuk burung kakak tua, ibu tiri bunuh haiwan peliharaan anak

Gambar fail seekor burung kakak tua dalam sangkar. (Gambar: Patricia De Melo Moreira/ AFP)

Diterbitkan : 01 Aug 2018 09:09PM Dikemas Kini : 01 Aug 2018 09:11PM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 39 tahun, Tran Thi Thuy Hang, dijatuhi hukuman penjara selama empat minggu hari ini (1 Ogos) kerana menganiaya burung peliharaan anak tirinya sampai mati tahun lalu, menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA).

AVA menyatakan bahawa ia dimaklumkan tentang kes tersebut di Blok 101 Rivervale Walk pada 6 November 2017.

Siasatan menunjukkan bahawa sekitar seminggu sebelum itu, pada 28 Oktober, Tran menggunakan galah jemuran untuk memukul burung kakak tua itu beberapa kali selepas ia mematuk pipi kanannya.

Akibatnya, burung kakak tua itu mati, menurut AVA.

"AVA menyiasat semua maklum balas berkaitan penderaan haiwan. Kami akan menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap sesiapa yang melakukan perbuatan menganiaya haiwan dan memohon supaya pesalah dijatuhi hukuman, jika perlu," tambah AVA.

Jika sabit kesalahan, pesalah kali pertama boleh didenda sehingga S$15,000,dipenjara selama 18 bulan atau kedua-duanya sekali.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan