Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mantan ketua WP Low Thia Khiang dibenar keluar hospital; berehat di rumah

Mantan setiausaha agung Parti Pekerja (WP) dan Anggota Parlimen GRC Aljunied Low Thia Khiang sudah dibenarkan keluar hospital, menurut partinya pada Jumaat (22 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan ketua WP Low Thia Khiang dibenar keluar hospital; berehat di rumah

Encik Low Thia Khiang. (Gambar fail: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 22 May 2020 10:43PM Dikemas Kini : 22 May 2020 10:51PM

SINGAPURA: Mantan setiausaha agung Parti Pekerja (WP) dan Anggota Parlimen GRC Aljunied Low Thia Khiang sudah dibenarkan keluar hospital, menurut partinya pada Jumaat (22 Mei).

Encik Low sudah dibenarkan pulang pada Khamis setelah dirawat di hospital selama tiga minggu selepas terjatuh di rumahnya pada 30 Apr. Beliau sebelumn ini dirawat di unit jagaan rapi (ICU) setelah mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Beliau kini sedang berehat di rumah, menurut WP dalam satu catatan Facebook, sambil menambah bahawa AP itu sedang menjalani proses pemulihan.

"Encik Low dan keluarganya mengucapkan terima kasih kepada kakitangan ICU dan Wad A82 di Hospital Khoo Teck Puat atas dedikasi dan sikap profesional mereka semasa beliau dirawat di sana," menurut parti pembangkang itu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan