Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mantan Ketua Panglima TNI diberi anugerah tertinggi tentera

Mantan Ketua Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Gatot Nurmantyo, menerima anugerah tertinggi tentera Singapura, Darjah Utama Bakti Cemerlang (Tentera).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Mar 2018 07:50PM Dikemas Kini : 05 Mar 2018 11:15PM

SINGAPURA: Mantan Ketua Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Gatot Nurmantyo, menerima anugerah tertinggi tentera Singapura, Darjah Utama Bakti Cemerlang (Tentera).

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden Halimah Yacob di Istana hari ini. (5 Mac).

Jeneral Gatot diberi penganugerahan tersebut atas sumbangannya yang besar terhadap usaha mengukuhkan hubungan pertahanan yang erat antara TNI dengan Angkatan Bersenjata Singapura.

Di bawah kepimpinannya, kerjasama antara kedua-dua tentera terus maju melalui pelbagai latihan dua hala.

Ini termasuk Latihan Safkar Indopura, Latihan Eagle Indopura dan Latihan Elang Indopura.

Demi memperingati 50 tahun hubungan dua hala antara Singapura dan Indonesia pada 2017, Jeneral Gatot juga menyelia upacara terbang lintas hormat gabungan yang dianjurkan Tentera Udara Indonesia bersama Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).

Beliau juga menjalin hubungan akrab menerusi pelbagai siri interaksi.

Misalnya, menerusi penganjuran Mesyuarat Laporan Tahunan Gabungan - Jawatankuasa Peringkat Tinggi Indonesia-Singapura, Program Lawatan Pegawai Kanan serta mesyuarat kumpulan kerja peringkat perkhidmatan.

Sesi pertukaran yang kerap sedemikian menguatkan lagi hubungan baik dan keakraban antara kedua-dua angkatan tentera di banyak peringkat.

Jeneral Gatot juga menemui Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Istana setelah upacara istiadat penyampaian anugerah petang tadi.

Awal dari itu, beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dan Panglima Pasukan Pertahanan Leftenan Jeneral (LG) Pasukan Pertahanan Perry Lim di pejabat Kementerian Pertahanan.

Majlis penyampaian anugerah di Istana turut disaksikan Setiausaha Tetap bagi Pembangunan Pertahanan Neo Kian Hong, Panglima Tentera Darat Mejar Jeneral Melvyn Ong serta para pegawai kanan pemerintah dan tentera dari Singapura dan Indonesia. 

Sumber : CNA/FZ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan