Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mantan Brigadier Jeneral SAF Ishak Ismail dilantik pengerusi Majlis Keluarga Sepanjang Hayat

Mantan Brigadier Jeneral (Bersara) Ishak Ismail dilantik sebagai pengerusi Majlis Keluarga Sepanjang Hayat (FFL), mengambil alih daripada Encik Ching Wei Hong, menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada Khamis (13 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mantan Brigadier Jeneral (Bersara) Ishak Ismail dilantik sebagai pengerusi Majlis Keluarga Sepanjang Hayat (FFL), mengambil alih daripada Encik Ching Wei Hong, menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada Khamis (13 Feb).

Dalam kenyataan medianya hari ini, MSF turut mengumumkan pelantikan Dr Elly Sabrina Ismail sebagai salah seorang daripada enam anggota baru Majlis FFL.

Pelantikan BG (Ret) Ishak berkuat kuasa 1 Februari 2020, manakala Dr Elly Sabrina dilantik sejak Ogos 2019.

Menurut laman Majlis FFL, ia adalah sebuah majlis sektor masyarakat yang terdiri daripada 14 anggota relawan dari sektor masyarakat dan swasta.

Majlis FFL juga merupakan penjenamaan semula Majlis Keluarga Kebangsaan, yang ditubuhkan pada 1 Mei 2006.

Mengulas mengenai pelantikan BG (Ret) Ishak, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee berkata: "Saya yakin Ishak dan pasukannya akan meneruskan kerja-kerja baik dan terus mendampingi keluarga-keluarga di Singapura untuk menjalin hubungan lebih erat dengan orang tersayang."

Mengenai pelantikannya sebagai Pengerusi Majlis FFL, BG (Ret) Ishak yang menganggotai Majlis FFL sejak Ogos 2015, berkata: "Saya rasa berbesar hati mengambil alih kepimpinan dari (Encik Chin) Wei Hong. Majlis Keluarga Sepanjang Hayat sejak sekian lama sudah menyediakan peluang-peluang yang bermakna untuk mendampingi keluarga rakyat Singapura dan menekankan betapa pentingnya untuk meluangkan masa bersama keluarga.

"Saya mengalu-alukan babak baru dalam usaha Majlis ini untuk terus mendampingi rakyat Singapura demi membangunkan kemahiran keluarga dan memperkukuhkan lagi ikatan kekeluargaan," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini. "Kami juga akan terus mempertingkat dan memperluaskan kerjasama dengan rakan-rakan masyarakat yang lain, sedang kita bekerja secara kolektif untuk membangunkan keluarga yang utuh di Singapura."

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan