Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mangsa pembunuhan di ITE seorang yang "cantik, lembut dan periang": Paderi

Low giat aktif dalam kegiatan kemasyarakatan di gereja

Anggaran Waktu Membaca:
Mangsa pembunuhan di ITE seorang yang "cantik, lembut dan periang": Paderi

Michelle Low Hwee Geok. (Gambar-gambar: ITE, Grace Baptist Church)

Diterbitkan : 20 Jul 2018 09:58PM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 10:00PM

SINGAPURA: Mangsa insiden tikaman di Kolej Tengah ITE, semalam (19 Jul), Cik Michelle Low yang berusia 56 tahun, mempunyai perwatakan "lembut dan periang", menurut paderi Ian Buntain, ketua paderi Gereja Grace Baptist di MacPherson.

Cik Low bertugas sebagai pengarah bahagian peperiksaan di Kolej Tengah ITE bergiat aktif dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan gereja tersebut.

Low ditemui mati dibunuh di tempat letak kereta sekolah di Ang Mo Kio itu malam semalam. Mediacorp difahamkan bahawa bekas suaminya dihantar ke hospital kerana kecederaan akibat tikaman pada perutnya serta kesan cakar di bahagian dada.

Suspek, Seet Cher Hng, 66 tahun, sudahpun ditangkap.

Mendiang Low meninggalkan seorang anak perempuan, 18 tahun, tujuh saudara perempuan dan seorang ibu selain seorang anak lelaki.

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan