Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Manfaatkan teknologi untuk bantu pelajar berkeperluan khas berintegrasi

Presiden Halimah Yacob berkata Singapura harus memanfaatkan teknologi dalam latihan para pelajar berkeperluan khas. Ini, menurutnya, akan membantu integrasi mereka ke dalam masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 May 2019 10:00PM Dikemas Kini : 23 May 2019 10:04PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob berkata Singapura harus memanfaatkan teknologi dalam latihan para pelajar berkeperluan khas. Ini, menurutnya, akan membantu integrasi mereka ke dalam masyarakat.

Puan Halimah memberi komen sedemikian semasa lawatan ke Sekolah Metta pada Khamis (23 Mei).

Sekolah Metta adalah sekolah pendidikan khas yang memenuhi keperluan pelajar, berusia antara tujuh hingga 21 tahun, dengan kecacatan intelek ringan atau Autisme ringan.

Sebagai sebahagian daripada usaha mendekati masyarakat, Presiden Halimah melawat pelbagai kemudahan kejuruan di sekolah tersebut.

Sekitar 120 pelajar yang berusia 17 hingga 21 tahun menjalani latihan kejuruan sebagai sebahagian kurikulum mereka.

Sekolah Metta juga menawarkan pensijilan ITE dalam bidang-bidang seperti Persiapan Makanan.

Namun, dengan perubahan teknologi timbul kebimbangan yakni bagaimana para pelajar berkeperluan khas itu dapat dilengkapi dengan kemahiran nilai tinggi.

"Kita boleh gunakan teknologi untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai keperluan khas untuk memperbaiki kehidupan mereka.

"Misalnya tadi, kita lihat melalui pembelajaran maya, mereka dapat belajar macam mana untuk menokokkan kad Ezlink mereka atau bagaimana untuk pergi berjumpa, (untuk) mendapatkan rawatan doktor dan sebagainya," ujar Puan Halimah.

"Jadi saya berharap, satu aspek dalam inisiatif negara bijak itu ada dimasukkan pembelajaran digital bagi mereka yang memerlukan. Dengan cara ini dapatlah kita membantu mereka untuk hidup dengan lebih baik."

Presiden Halimah turut berharap para majikan akan lebih bersedia untuk menawarkan peluang-peluang pekerjaan bernilai tinggi bagi para pelajar berkenaan.

Beliau memberi contoh bagaimana Sweden menyediakan Program Khas bagi membantu individu dengan keperluan khas untuk mencari pekerjaan yang kekal. 

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan