Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Malaysia sudah hilang hak untuk kaji semula harga air: MFA

Singapura sentiasa "jelas dan konsisten" dengan pendiriannya bahawa Malaysia telah kehilangan haknya untuk mengkaji semula harga air di bawah Perjanjian Air 1962, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Rabu (13 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Mar 2019 07:35PM Dikemas Kini : 13 Mar 2019 09:36PM

SINGAPURA: Singapura sentiasa "jelas dan konsisten" dengan pendiriannya bahawa Malaysia telah kehilangan haknya untuk mengkaji semula harga air di bawah Perjanjian Air 1962, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Rabu (13 Mac).

Kementerian itu menyatakan demikian sebagai membalas kenyataan Malaysia pada Selasa berhubung Perjanjian Air 1962.

Berikut respons penuh MFA:

"Singapura sentiasa jelas dan konsisten bahawa Malaysia telah kehilangan haknya untuk mengkaji semula harga air di bawah Perjanjian Air 1962 (62WA).

Tiada kajian semula harga air berlaku. Semasa pertemuan antara Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 12 November, kedua-dua pihak mengutarakan pandangan berbeza berhubung hak mengkaji semula harga air di bawah 62WA.

Mereka menyuarakan kerelaan untuk para pegawai mengadakan perbincangan lanjut demi memahami pendirian masing-masing dengan lebih baik, berkenaan hak mengkaji semula harga air di bawah 62WA. Para Peguam Negara Singapura dan Malaysia bertemu sekali pada Disember bagi tujuan ini.

Bagaimanapun, tiada kemajuan dicapai daripada perbincangan itu kerana ia dibayangi isu-isu berbangkit dari Had Pelabuhan Johor Bahru dan prosedur-prosedur Sistem Pendaratan Alatan (ILS).

Tiada persetujuan dicapai antara kedua-dua Peguam Negara berkenaan sebarang perkara berkaitan 62WA semasa mesyuarat mereka. Para Peguam Negara akan bertemu sekali lagi bagi meneruskan perbincangan mereka.

Singapura mengambil perhatian terhadap komen-komen Menteri Ehwal Luar Saifuddin Abdullah di Parlimen Malaysia pada 12 Mac 2019 bahawa "sekiranya mereka(Singapura) tidak mahu berunding, kami (Malaysia) akan membawa isu ini ke mahkamah timbang tara antarabangsa". Perdana Menteri Mahathir juga sebelum ini mengatakan pada 3 Mac 2019 bahawa Singapura tidak mahu membawa isu itu ke "mahkamah antarabangsa", kononnya kerana kami akan kalah.

Singapura sentiasa bersedia menyelesaikan pertikaian menerusi prosedur timbang tara antarabangsa yang wajar di atas syarat-syarat yang dipersetujui bersama.
Malah, pada 2003, Menteri Ehwal Luar ketika itu S Jayakumar berkata bahawa Singapura bersedia untuk mempersetujui isu itu dirujuk ke timbang tara antarabangsa oleh Mahkamah Tetap bagi Timbang Tara untuk menghuraikan pertikaian itu." 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan