Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Makmal cetak 3D bantu doktor NUH rancang & singkatkan masa pembedahan

Para pesakit di Hospital Universiti Nasional (NUH) yang mengalami masalah perubatan yang rumit dan perlu dibedah mungkin dapat menjalani pembedahan dalam masa lebih singkat dengan adanya sebuah makmal pencetakan 3D.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Nov 2021 09:16PM Dikemas Kini : 19 Nov 2021 09:47PM

SINGAPURA: Para pesakit di Hospital Universiti Nasional (NUH) yang mengalami masalah perubatan yang rumit dan perlu dibedah mungkin dapat menjalani pembedahan dalam masa lebih singkat dengan adanya sebuah makmal pencetakan 3D.

Ia membantu para doktor membuat perancangan sebelum melakukan pembedahan.

Makmal itu boleh membuat cetakan 3 dimensi bahagian-bahagian tubuh pesakit seperti pinggul, sendi lutut serta tisu lembut seperti organ.

Para doktor bedah akan menggunakan hasil cetakan itu untuk mencuba langkah-langkah tertentu bagi sesuatu pembedahan dan mengetahui masalah yang mungkin timbul.

Model bahagian-bahagian tubuh itu juga digunakan untuk menerangkan kepada para pesakit dan keluarga mereka dengan lebih jelas dan sekali gus mengurangkan kebimbangan mereka.

Masa kira-kira dua hari diperlukan untuk menghasilkan satu cetakan.

Teknologi itu telah digunakan kepada lebih 10 pesakit semasa tempoh ujiannya. 

Sumber : CNA/RB/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan