Images
  • worker
    Para pekerja di Singapura. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Maklumat terkini usia bersara, pengambilan semula bekerja didedah sebelum Sep 2019

SINGAPURA: Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo berkata maklumat terkini mengenai usia persaraan dan usia pengambilan semula bekerja akan diberikan sebelum September nanti.

Menulis di laman Facebook beliau, Cik Teo berkata perbincangan mengenai butiran pelaksanaannya seperti sokongan untuk para majikan masih diteruskan.

Pada Mac lalu Kumpulan Kerja Perikatan Tiga Pihak mengumumkan mencapai kata sepakat untuk menaikkan usia persaraan dan usia pengambilan semula bekerja.

Usia persaraan bagi para pekerja Singapura besar kemungkinan dinaikkan menjangkaui 62 tahun manakala usia diambil bekerja semula selepas usia persaraan akan melepasi 67 tahun.

Ketika memberitahu parlimen perkara demikian pada Mac lalu, Cik Teo menegaskan bahawa perubahan pada usia persaraan tidak akan menjejas pembayaran bulanan CPF selepas persaraan.

Menurut beliau lagi, kenaikan had-had usia itu akan dilakukan secara bertahap-tahap bagi membolehkan para majikan membuat penyesuaian yang perlu.

- CNA/MU/fz

Top