Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Maklumat peribadi 129,000 pelanggan Singtel, termasuk butiran kad pengenalan dicuri dalam pencerobohan data

Maklumat peribadi sekitar 129,000 pelanggan Singtel dicuri selepas berlaku pencerobohan data sistem perkongsian fail pihak ketiga, menurut syarikat telko itu pada Rabu (17 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Maklumat peribadi 129,000 pelanggan Singtel, termasuk butiran kad pengenalan dicuri dalam pencerobohan data

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 17 Feb 2021 09:47PM Dikemas Kini : 17 Feb 2021 09:48PM

SINGAPURA: Maklumat peribadi sekitar 129,000 pelanggan Singtel dicuri selepas berlaku pencerobohan data sistem perkongsian fail pihak ketiga, menurut syarikat telko itu pada Rabu (17 Feb).

Singtel selesai menjalankan siasatan awal terhadap pencerobohan itu dan mengesahkan bawa sistem perkongsian fail vendor pihak ketiga Accellion dipanggil FTA telah diakses secara haram, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan media.

Maklumat peribadi yang dicuri termasuk nombor kad pengenalan sekitar 129,000 pelanggan dan gabungan nama, tarikh lahir, nombor telefon bimbit dan alamat, menurut Singtel.

Selain itu, butiran akaun bank 28 bekas kakitangan Singtel dan butiran kad kredit milik 45 kakitangan sebuah pelanggan korporat yang mempunyai talian telefon bimbit Singtel juga dicuri.

"Beberapa maklumat" dari 23 perusahaan termasuk pembekal, rakan kongsi dan pelanggan korporat juga dicuri.

Syarikat itu sudah mula memaklumkan semua individu dan perusahaan terjejas bagi membantu mereka dan kakitangan mereka menangani kemungkinan risiko yang terlibat dan mengambil langkah susulan sewajarnya, kata Singtel.

Ketua pegawai eksekutif Singtel Group Yuen Kuan Moon berkata: "Meskipun pencurian data ini dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak diketahui, saya benar-benar kesali tentang apa yang berlaku kepada pelanggan dan memohon maaf kepada semua yang terjejas.

"Keselamatan data adalah penting, kami telah mengecewakan pihak berkepentingan kami dan tidak memenuhi piawai yang kami tetapkan untuk diri kami sendiri.

"Disebabkan oleh kerumitan dan tahap sensitif siasatan kami, kami bertindak secara telus sebaik mungkin dan menyediakan maklumat seberapa tepat yang boleh. Kami sedang berusaha bersunggiuh-sungguh untuk terus menyediakan bantuan kepada pelanggan dalam menangani risiko akibat kejadian ini."

Singtel menyatakan "sebahagian besar" data yang bocor termasuk "maklumat dalaman yang tidak sulit", seperti log data, data ujian, laporan dan e-mel.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan