Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Makin ramai penyewa gerai kembali bekerja di Pelabuhan Perikanan Jurong

Semakin ramai penyewa gerai sudah kembali bekerja di Pelabuhan Perikanan Jurong dengan lebih lapan daripada 10 ruang pasar dibuka sepanjang beberapa malam lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Aug 2021 05:06PM Dikemas Kini : 07 Aug 2021 10:56PM

SINGAPURA: Semakin ramai penyewa gerai sudah kembali bekerja di Pelabuhan Perikanan Jurong dengan lebih lapan daripada 10 ruang pasar dibuka sepanjang beberapa malam lalu.

Bekalan makanan laut yang diimport juga meningkat semula sehingga hampir mencapai paras sebelum Pelabuhan Perikanan Jurong terpaksa ditutup selama dua minggu bagi menjalani kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Hanya sepertiga daripada gerai-gerai sudah dibuka bagi perniagaan apabila pelabuhan perikanan itu kembali beroperasi pada Isnin lalu.

Jumlah tinggi kes COVID-19 yang dikesan di pelabuhan perikanan itu pada bulan lalu menjadikannya kelompok aktif koronavirus yang terbesar di negara ini.

Lebih banyak laluan masuk dan keluar kini sudah disediakan.

Dalam pada itu, lebih banyak trak pengangkut juga digunakan bagi memudahkan penghantaran bekalan makanan laut di tengah-tengah peraturaan jaga jarak selamat yang lebih ketat.

Para peniaga turut membantu dengan mengaturkan agar kapal-kapal dan lori dari luar negara tiba lebih awal. 

Sumber : CNA/AI/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan