Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Makin ramai manfaatkan kemudahan pindah simpanan CPF

Lebih ramai pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) membantu keluarga mereka menabung untuk persaraan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jan 2018 08:07PM Dikemas Kini : 09 Jan 2018 11:57PM

SINGAPURA: Lebih ramai pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) membantu keluarga mereka menabung untuk persaraan.

Jumlah keseluruhan yang dimasukkan ke dalam akaun CPF pasangan, melalui tokokan wang tunai atau pemindahan simpanan, meningkat sebanyak empat kali sepanjang empat tahun lalu.

Pada 2012, jumlah tersebut bernilai $50 juta. Empat tahun kemudian, ia melonjak kepada lebih $200 juta.

Sekitar 15,000 pasangan meraih manfaat daripada tokokan atau pemindahan wang tunai pada tahun 2016.

Menteri Kedua Tenaga Manusia Josephine Teo mendedahkan statistik tersebut di sidang Parlimen hari ini (9 Jan).

Cik Teo berkata pihak CPF akan terus mempermudahkan para pencarum untuk membuat pemindahan simpanan atau tokokan wang tunai kepada pasangan mereka.

Ini sebagai respons kepada pertanyaan Anggota Parlimen tanpa kawasan undi dari Parti Pekerja Daniel Goh yang ingin tahu sama ada terdapat perancangan untuk memindahkan pemilikan bayaran CPF Life antara pasangan setelah salah seorangnya mati.

"Daripada pandangan aktuari, ia mungkin sesuatu yang amat sukar. Dalam erti kata itu, apa yang perlu diambil kira aktuari tersebut bukan tempoh hayat dijangka bagi satu orang tetapi untuk dua orang. Ini akan berbeza dari pasangan ke pasangan. Ia sudah cukup mencabar untuk mentaksir bagi setiap orang dan apabila ditambah dengan kerumitan satu pasangan pula, saya rasa ia membuatkannya lebih sukar," kata Cik Teo. 

Sumber : CNA/FZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan