Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Makin ramai bekas pemandu pelancong diambil bekerja semula susuli VTL

Agensi-agensi pelancongan Singapura meningkatkan usaha mengambil semula bekas pekerja yang sebelum ini melakukan pekerjaan sementara semasa pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Agensi-agensi pelancongan Singapura meningkatkan usaha mengambil semula bekas pekerja yang sebelum ini melakukan pekerjaan sementara semasa pandemik COVID-19.

Sekurang-kurangnya satu syarikat tersebut sudah menggajikan semula lebih 60 peratus bekas pemandu pelancong bagi memenuhi permintaan para pelanggan.

Apabila pandemik COVID-19 melanda, sekitar 250 bekas pemandu pelancong mendapat kerja sementara sebagai pekerja ujian koronavirus atau Duta Jarak Selamat.

Namun dengan Laluan Perjalanan bagi penumpang sudah divaksin (VTL) kini dibuka semula, sebilangan daripada mereka dapat kembali bertugas dalam industri pelancongan.

Syarikat EU Holidays misalnya menawarkan 11 pakej pelancongan sekarang dan lebih 60 perjalanan sudah dirancang.

Bagi memenuhi permintaan, syarikat itu ingin menggajikan semula baki lagi 10 pemandu pelancong menjelang tahun depan.

Namun tidak semua pemandu pelancong yang boleh segera bertugas.

Ini kerana ada yang perlu menamatkan kontrak tugasan sekarang dulu.

Ada juga yang berpuas hati dengan gaji dan pekerjaan baru mereka.

Hampir kesemua bekas pekerja yang sudah mendapatkan kerja sambilan dalam sektor IT dan runcit, tidak akan kembali ke sektor pelancongan.

Sementara itu, syarikat-syarikat lain pula membenarkan para pemandu pelancong bekerja sambilan agar dapat memastikan terdapat tenaga manusia yang mencukupi apabila permintaan semakin bertambah kelak.

Sumber : CNA/ZM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan