Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Makanan yang dihantar penunggang e-skuter lebih lambat?

Terdapat syarikat penghantaran makanan yang mendakwa, larangan e-skuter di laluan pejalan kaki dikatakan menyebabkan kelewatan penghantaran makanan sekitar 15 hingga 20 minit.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Nov 2019 09:54PM Dikemas Kini : 14 Nov 2019 10:02PM

SINGAPURA: Terdapat syarikat penghantaran makanan yang mendakwa, larangan e-skuter di laluan pejalan kaki dikatakan menyebabkan kelewatan penghantaran makanan sekitar 15 hingga 20 minit.

Namun syarikat-syarikat penghantaran makanan utama menyatakan pihaknya sedang memantau keadaan ini untuk memastikan para pelanggan masih akan menerima makanan mereka tepat pada masanya.

Bagi sesetengah pekerja penghantaran makanan, perjalanan menghantar makanan kini boleh mengambil masa sekitar dua kali ganda jika mereka berjalan kaki berbanding menunggang e-skuter.

Ada juga di kalangan pekerja penghantaran makanan berkata mereka perlu mencari laluan alternatif untuk memastikan mereka menunggang di rangkaian penghubung taman atau laluan bersama.

Sejak larangan itu diumumkan, syarikat GrabFood mengingatkan para pelanggan mereka tentang kemungkinan perlu menunggu lebih lama untuk tempahan mereka sampai.

Tempahan mereka juga mungkin dibatalkan sekiranya jaraknya terlalu jauh untuk para pekerja berjalan.

Syarikat Deliveroo pula mendakwa hanya 300 daripada 6,000 pekerja penghantaran makanannya, menggunakan e skuter.

Syarikat Foodpanda pula menyatakan mereka dapat mengekalkan masa 25 minit atau kurang untuk membuat penghantaran.

Menurut perangkaan rasmi, sekitar 7,000 pekerja penghantaran makanan menggunakan e-skuter di Singapura.

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan