Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Makanan bayi Love Child Organics ditarik balik kerana pembungkus rosak

Produk-produk makanan yang dihasilkan di bawah jenama Kanada, Love Child Organics, ditarik balik kerana ada kerosakan pada pembungkusnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Makanan bayi Love Child Organics ditarik balik kerana pembungkus rosak

Produk makanan bayi Love Child of Organics yang ditarik balik. (Gambar: AVA)

Diterbitkan : 07 Jun 2018 10:58PM Dikemas Kini : 07 Jun 2018 11:02PM

SINGAPURA: Produk-produk makanan yang dihasilkan di bawah jenama Kanada, Love Child Organics, ditarik balik kerana ada kerosakan pada pembungkusnya. Demikian menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) hari ini (7 Jun) sambil menukil satu pemberitahuan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada.

Masalah pembungkus itu adalah "kerosakan mikroorganisme" yang boleh memasuki produk, menurut AVA.

Produk makanan terbabit, yang juga bekalan makanan bayi, mempunyai tarikh lupus sehingga 25 Mei 2019. Produk itu dijual dalam tujuh perisa berbeza seperti berikut, dalam bahasa Inggeris: Thanksgiving dinner with veggies and turkey, veggie casserole with lentils and quinoa, ratatouille with lentils and white beans, pumpkin risotto with spinach and chickpeas, hearty Bolognese, mango chicken stew dan vegetarian chilli with sweet potato and kale.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, pengimport secara sukarela menarik balik produk-produk berkaitan daripada pasaran. Prosesnya sudah selesai dijalankan," menurut AVA. "Para pelanggan yang sudah membeli produk berkenaan dinasihati supaya tidak memakannya." 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan