Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majlis baru ditubuhkan bagi nasihati Pemerintah tentang AI, data beretika

Sebuah majlis akan ditubuhkan untuk menasihati Pemerintah Singapura tentang penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan data secara beretika.

Anggaran Waktu Membaca:
Majlis baru ditubuhkan bagi nasihati Pemerintah tentang AI, data beretika

Gambar fail seseorang membeli belah online. (Gambar: Christy Yip)

Diterbitkan : 05 Jun 2018 01:29PM Dikemas Kini : 05 Jun 2018 01:37PM

SINGAPURA: Sebuah majlis akan ditubuhkan untuk menasihati Pemerintah Singapura tentang penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan data secara beretika.

Ini adalah sebahagian daripada inisiatif bagi memupuk kesedaran mengenai manfaat teknologi dan memahami cabaran-cabarannya dengan lebih baik lagi.

Inisiatif-inisiatif tersebut diumumkan oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran di pelancaran Innovfest Unbound hari ini (5 Jun).

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menyatakan dalam kenyataan media yang berasingan bahawa ia sedang berbincang dengan pihak-pihak yang berkepentingan termasuk Pemerintah, industri, pengguna dan ahli akademik untuk membentuk pelan secara bersama bagi ekosistem AI.

Perbincangan itu, menurut penguasa berkenaan, akan menyokong rancangan negara ini untuk menjadi sebuah hab pembangunan dan inovasi AI, di samping memberi respons berkesan kepada kemajuan global.

Terdapat tiga inisiatif berkaitan untuk mencapainya:

-Menubuhkan Majlis Penasihat mengenai Penggunaan AI dan Data Secara Beretika.

-Program penyelidikan mengenai tadbir urus penggunaan AI dan data bagi mendalami kajian akademik tentang isu tadbir urus AI.

-Kertas perbincangan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) mengenai pembangunan dan penggunaan AI secara bertanggungjawab, yang kemudian akan digunakan oleh majlis itu sebagai pertimbangannya.

IMDA menyatakan bahawa Encik Iswaran akan melantik para anggota majlis penasihat yang akan dipengerusikan oleh mantan Peguam Negara V K Rajah. 

Majlis tersebut akan menasihati dan bekerjasama dengan agensi itu berhubung pembangunan dan penggunaan AI dengan cara yang bertanggungjawab.

Ia juga akan membantu menubuhkan sebuah panel pakar guaman dan teknikal serta panel yang terdiri daripada para pakar antarabangsa untuk mendapatkan perspektif global bagi membantu tugasnya, menurut kenyataan media itu lagi.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan