Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majlis Bandaran Tampines bersedia memenuhi permohonan aneh pemilik tangki ikan Koi ini

Majlis Bandaran Tampines bersedia memenuhi permintaan seorang penduduk untuk menyimpan tangki ikan Koi yang dibina atas tangga ke pintu masuk flat HDBnya, serta membantu memudahkan perbincangan beliau bersama pihak-pihak berkuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Aug 2018 07:51PM Dikemas Kini : 15 Aug 2018 08:53PM

SINGAPURA: Majlis Bandaran Tampines bersedia memenuhi permintaan seorang penduduk untuk menyimpan tangki ikan Koi yang dibina atas tangga ke pintu masuk flat HDBnya, serta membantu memudahkan perbincangan beliau bersama pihak-pihak berkuasa.

Anggota Parlimen kawasan itu, Baey Yam Keng, bagaimanapun mengingatkan bahawa kes itu tidak sepatutnya dijadikan contoh bagi sebarang pengubahsuaian ke atas ruang-ruang bersama.

Encik Baey menambah bahawa permintaan sedemikian harus dikaji mengikut keadaan kes.

"Saya tahu ramai penduduk menggunakannya sebagai ruang peribadi untuk meletak kasut-kasut mereka. Kadang-kala juga mereka memasang pintu pagar di situ, menanam tumbuh-tumbuhan, papan tanda atau pemasangan lain. Ia perkara yang agak biasa," kata beliau.

Namun begitu, ia bukan bermakna tangki ikan itu tidak melanggar peraturan.

Encik Baey menarik perhatian, tangki ikan dipasangkan pada dinding bersama dan susur tangga perlu ditanggalkan.

Tuan rumah itu juga harus masuk rumahnya dari unit bersebelahan, yang juga dimiliki beliau.

Bagaimanapun, Encik Baey mempertimbangkan hal itu berdasarkan fakta bahawa tangki yang dipasang sejak tiga tahun lalu itu dijaga dengan bersih dan tiada aduan dibuat oleh para penduduk.

Menurut seorang pakar, penduduk yang ingin mengubah suai sebuah kawasan umum secara tetap perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

Encik Baey menambah bahawa pemilik tangki ikan itu sudahpun memohon kepada majlis bandaran bagi mendapatkan permit untuk menyimpan tangkinya.

Permohonan tersebut masih dipertimbangkan.

Encik Baey turut berkata, kecuali tidak berlaku isu-isu keselamatan api, majlis bandaran sedia membiarkan tangki ikan itu jika pemiliknya mematuhi beberapa syarat, seperti mengembalikan ruang kepada keadaan asalnya apabila beliau berpindah kelak. 

Sumber : CNA/FZ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan