Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majlis Bandaran Marine Parade mohon maaf 'tempatkan semula' 2 kucing

Majlis Bandaran Marine Parade pada Khamis (28 Mac) memohon maaf selepas dua kakitangannya "menempatkan semula" dua ekor kucing yang berkeliaran di Blok 15 Marine Terrace.

Anggaran Waktu Membaca:
Majlis Bandaran Marine Parade mohon maaf 'tempatkan semula' 2 kucing

Para penduduk dikatakan mengadu tentang kucing-kucing yang berkeliaran di Marine Terrace. (Gambar: MPTC)

Diterbitkan : 28 Mar 2019 03:20PM Dikemas Kini : 28 Mar 2019 03:26PM

SINGAPURA: Majlis Bandaran Marine Parade pada Khamis (28 Mac) memohon maaf selepas dua kakitangannya "menempatkan semula" dua ekor kucing yang berkeliaran di Blok 15 Marine Terrace.

"Kami ingin memohon maaf bagi pihak kakitangan kami yang (sudah) tersilap mengalihkan dua ekor kucing yang ditemui berkeliaran di blok berkenaan," menurut majlis bandaran tersebut sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

Majlis Bandaran Marine Parade juga menyatakan ia akan bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Kucing dan Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) untuk mendidik para kakitangan dan pengendali kawalan haiwan perosak tentang pengurusan sesuai bagi isu-isu berkaitan haiwan.

Komen tersebut dikeluarkan selepas tersebarnya laporan di media sosial tentang dua ekor kucing dari kawasan berkenaan yang tiba-tiba hilang selepas ditangkap dan "ditinggalkan" di Habourfront oleh pihak majlis bandaran.

Kucing-kucing tersebut - Ben Ben dan Leng Leng - ditangkap di Marine Terrace dan kemudian ditinggalkan di Pusat Penjaja Seah Im pada awal bulan ini, menurut pengguna Facebook, Snowy Tan, dalam catatan Facebooknya.

Salah seekor kucing kemudian ditemui mati di Habourfront, tambahnya. Tidak diketahui di mana kucing yang hilang itu berada.

"Majlis Bandaran Marine Parade (MPTC), bersama syarikat kawalan haiwan perosak mereka, memerangkap kucing-kucing itu dan secara kejam meninggalkan mereka di kawasan di mana ia sukar mendapat makanan dengan keadaan trafik yang berbahaya," tulis Snowy Tan.

"Kucing-kucing itu dihumban jauh dari rumah mereka dan tidak tahu cara untuk kembali," tambahnya.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, majlis bandaran berkenaan menyatakan bahawa para penduduk sudah membuat lebih dari 45 laporan sejak 2016 tentang kucing-kucing yang menimbulkan gangguan.

"Kucing-kucing tersebut, sekitar 15 ekor, dibiarkan berkeliaran di sekitar kawasan blok, merosakkan harta benda awam dan menimbulkan isu-isu kebersihan. Misalnya, ia membuang najis sembarangan, bulu-bulunya tertanggal, tidak henti mengiau. Ia melakukan semua itu di koridor awam, tangga dan lobi-lobi lif," menurut majlis bandaran itu. "Masalah-masalah seperti ini turut dilaporkan oleh ramai penduduk dari blok berkenaan mahupun blok-blok berdekatan."

(Gambar-gambar: MPTC)

MPTC menambah bahawa ia sudah menghubungi Cik Tan "beberapa kali untuk menasihatinya supaya tidak memelihara terlalu banyak kucing di flat HDBnya, dan tidak membenarkan kucing peliharaannya berkeliaran di kawasan-kawasan awam di sekitar blok sehingga mengganggu penduduk lain".

"Namun, tiada kemajuan."

Ia juga menyatakan bahawa CWS tahu tentang isu ini dan sedang mendidik Cik Tan agar bersikap lebih bertanggungjawab sebagai pemilik haiwan peliharaan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan