Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majlis Bandaran ambil langkah tangani isu 'pemuntah bersiri' di Pinnacle@Duxton

Para penduduk di Pinnacle@Duxton di Tanjong Pagar mula berdepan masalah 'memualkan' sejak tahun lalu - iaitu pemuntah bersiri.

Anggaran Waktu Membaca:
Majlis Bandaran ambil langkah tangani isu 'pemuntah bersiri' di Pinnacle@Duxton

Poster mmemaklumkan kepada penduduk tentang masalah muntah. (Gambar: Jalelah Abu Baker)

Diterbitkan : 16 Jan 2018 09:34PM Dikemas Kini : 16 Jan 2018 09:37PM

SINGAPURA: Para penduduk di Pinnacle@Duxton di Tanjong Pagar mula berdepan masalah 'memualkan' sejak tahun lalu - iaitu pemuntah bersiri.

Masalah itu menyebabkan poster-poster peringatan, dipasang di estet perumahan tersebut.

Poster-poster itu tertera mesej berbunyi: "Pastikan sekitaran kita bersih".

Gambar-gambar pada poster tersebut menunjukkan kesan muntah di lantai berdekatan beberapa paip di kawasan tersebut.

"Kami menerima maklum balas bahawa para penduduk berdepan masalah seseorang yang kerap muntah di ruang-ruang yang dikongsi bersama," menurut mesej pada poster yang diletakkan oleh Majlis Bandaran Tanjong Pagar.

Naib Pengerusi Majlis Bandaran itu, Joan Pereira memberitahu Mediacorp, pada tahun lalu ia menerima aduan tentang masalah muntah di ruang yang dikongsi bersama, di Blok 1C. Insiden itu berlaku sehingga empat kali seminggu.

"Majlis Bandaran meletakkan poster tersebut sebagai alat pendidikan untuk mencegah perbuatan anti-sosial itu serta untuk meminta bantuan para penduduk supaya menghubungi Majlis Bandaran sekiranya mereka tahu siapa yang melakukannya," kata Cik Pereira , sambil menambah sejak poster tersebut dipasang, kes muntah itu sudah berhenti.

Apabila Mediacorp mengunjungi estet tersebut hari ini (16 Jan), poster-poster itu masih kelihatan di lobi Blok 1C dan juga di tempat menunggu lif di tingkat lain.

Sekalipun begitu, sekitar 20 penduduk yang ditemui Mediacorp mengatakan mereka tidak tahu menahu tentang masalah pemuntah bersiri itu.

Seorang tukang bersih yang tidak mahu namanya didedahkan berkata keadaan itu sudah bertambah baik.

"Sekarang sudah lebih baik. Ketika itu tiga hujung minggu berturut-turut saya nampak muntah di tempat meletak kereta, berdekatan peti surat. Apabila saya nampak, saya akan mengambil gambar dan maklumkan kepada pegawai," kata beliau. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan