Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majikan S'pura perlu buat penyesuaian kepada model kerja hibrid

Syarikat-syarikat mungkin perlu membuat penyesuaian kepada model bekerja hibrid pada masa depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Aug 2020 06:56PM Dikemas Kini : 25 Aug 2020 09:03PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat mungkin perlu membuat penyesuaian kepada model bekerja hibrid pada masa depan.

Berucap semasa sidang Institut Pengarah Singapura, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah menjelaskan, ini bermakna para pekerja akan melakukan tugas dari rumah dan pejabat.

Cik Indranee juga menggesa para majikan agar memberi peluang kepada para pencari kerja dengan menyediakan latihan dan melabur dalam pembangunan mereka.

Ini memandangkan ada pemohon tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan.

Cik Indranee berkata, cabaran-cabaran yang dihadapi syarikat-syarikat kerana pandemik COVID-19 turut mewujudkan peluang-peluang untuk membangunkan dan mengembangkan syarikat.

Peranan kepimpinan korporat pada masa sukar, menurut Cik Indranee, termasuk memahami keperluan para pekerja yang juga merangkumi kesihatan mental.

Cik Indranee mengajak syarikat-syarikat agar mengekalkan daya kreatif dan keterbukaan sedang mereka menimbangkan cara-cara untuk membuat penyesuaian bagi meneroka pasaran dan produk baru.  

Sumber : CNA/ZK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan