Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majikan mungkin akan dapat lawatan dari pegawai MOM untuk periksa keadaan pembantu rumah

Para majikan pembantu rumah mungkin akan menerima lawatan dari para pegawai Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk memeriksa keadaan kerja dan hidup pembantu rumah mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Apr 2021 02:32PM Dikemas Kini : 26 Apr 2021 11:19PM

SINGAPURA: Para majikan pembantu rumah mungkin akan menerima lawatan dari para pegawai Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk memeriksa keadaan kerja dan hidup pembantu rumah mereka.

Kementerian itu mula melakukan lawatan ke rumah-rumah yang dipilih secara rambang sejak 5 April lalu, dan menyasarkan untuk melawat 200 rumah sebulan "buat permulaan", menurut pengarah MOM Tan Shu Xiang.

"Semasa lawatan rumah ini, para pegawai MOM kami akan memeriksa persekitaran kerja dan hidup para pekerja pembantu rumah hijrahan, bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dengan baik," tambahnya.

"Kami juga mengingatkan para majikan dan pembantu rumah tentang keadaan kerja yang selamat serta maklumat tentang saluran-saluran untuk mendapatkan bantuan jika perlu."

Selain lawatan ke rumah, kementerian itu merancang meluaskan temu bual secara bersemuka kepada semua pembantu rumah kali pertama menjelang hujung tahun ini, kata Encik Tan.

Pusat bagi Pekerja Pembantu Rumah (CDE) menyasarkan untuk bermula dengan menemubual 2,000 pekerja pembantu rumah sebulan. Pusat itu sudah menjalankan temubual dengan pembantu rumah kali pertama yang dipilih secara rambang sejak 2017, biasanya tiga hingga enam bulan setelah mereka mula bekerja, menurut MOM.

Disebabkan oleh pandemik COVID-19, sesi temubual dilaksanakan menerusi panggilan video dan CDE merancang menyambung semula temubual secara bersemuka pada Mei.

Langkah baru itu akan membantu pihak kementerian "memberi respons dengan cepat" kepada keperluan pekerja dan membenarkannya menangani sebarang isu dan keprihatinan yang mereka timbulkan, menurut Encik Tan.

Sekitar 100 lawatan rumah sudah dijalankan sejauh ini, menurut Encik Tan. "Ia agak baik bahawa (bagi) kebanyakan rumah, kami tidak menemui sebarang masalah."

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan