Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majikan mesti laksana WFH jika terdapat 3 atau lebih kes COVID-19 di tempat kerja; namun tempohnya disingkatkan

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin (20 Sep) menyemak garis panduan mengenai pelaksanaan rejim 'kilat' bagi aturan bekerja dari rumah jika kes-kes COVID-19 dikesan di tempat kerja.

Anggaran Waktu Membaca:
Majikan mesti laksana WFH jika terdapat 3 atau lebih kes COVID-19 di tempat kerja; namun tempohnya disingkatkan

(Gambar: MOM)

Diterbitkan : 20 Sep 2021 10:22PM Dikemas Kini : 20 Sep 2021 10:27PM

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin (20 Sep) menyemak garis panduan mengenai pelaksanaan rejim 'kilat' bagi aturan bekerja dari rumah jika kes-kes COVID-19 dikesan di tempat kerja.

Langkah-langkah itu, yang diumumkan pada awal bulan ini, sudah disemak untuk "mengurangkan kemungkinan berlaku gangguan pada perniagaan", jelas kementerian itu dalam kenyataan medianya.

Mulai Rabu, para majikan mesti melaksanakan rejim kilat bagi aturan bekerja dari rumah sekiranya terdapat tiga atau lebih kes COVID-19 yang bekerja di premis atau cawangan yang sama dalam tempoh tujuh hari berturut-turut kerana ini "mungkin menunjukkan berlaku penularan di tempat kerja", menurut MOM.

Sebelum ini, hanya satu kes positif saja sudah cukup untuk menguatkuasakan peraturan itu.

Tempoh aturan bekerja dari rumah juga akan disingkatkan dari 14 hari kepada 10 hari, bermula sehari selepas tarikh terkini hasil positif ujian COVID-19 pekerja ketiga.

"Ini selaras dengan tempoh kuarantin lebih singkat bagi kontak rapat kes positif COVID" yang sebelum ini diumumkan oleh Kementerian Kesihatan, tambah MOM.

Pekerja yang terjejas - termasuk kontraktor dan vendor di tapak kerja - yang diletakkan di bawah rejim kilat aturan bekerja dari rumah akan dibenarkan kembali ke pejabat atas sebarang keperluan jika mereka diuji negatif COVID-19 melalui Ujian Pantas Antigen (ART).

MOM juga menggesa kedua-dua majikan dan pekerja supaya terus mengamalkan tanggungjawab sosial untuk mengasingkan diri jika mereka dikenal pasti sebagai kontak rapat kes positif COVID-19.

Semua pekerja yang terjejas juga digalakkan supaya memantau kesihatan mereka dan melakukan ujian swab ART sekurang-kurangnya dua kali seminggu sepanjang tempoh 10 hari itu dan juga sebelum mereka kembali ke tempat kerja, menurut MOM.

Para majikan juga seharusnya mengosongkan dan menutup bahagian-bahagian di mana kes-kes yang disahkan terjangkit bertugas dan menjalankan kerja-kerja pembersihan yang menyeluruh di premis yang terjejas.

Mereka juga sepatutnya menyemak dan memastikan langkah-langkah pengurusan selamat terus dilaksanakan.

Ini termasuk memastikan tidak lebih daripada 50 peratus kakitangan yang boleh bekerja dari rumah bertugas di tempat kerja pada satu-satu masa, selain tiada perhimpunan sosial di tempat kerja dan jarak selamat sekurang-kurangnya 1 meter terus dilaksanakan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan