Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Majikan digesa laksanakan waktu kerja fleksibel bagi kurangkan kesesakan di tempat awam: MOM

Para majikan digesa supaya melaksanakan waktu kerja fleksibel bagi mengurangkan kesesakan di tempat awam, sedang Singapura terus menyambung semula kegiatan di tengah-tengah penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Sep 2020 08:40PM Dikemas Kini : 09 Sep 2020 09:58PM

SINGAPURA: Para majikan digesa supaya melaksanakan waktu kerja fleksibel bagi mengurangkan kesesakan di tempat awam, sedang Singapura terus menyambung semula kegiatan di tengah-tengah penularan COVID-19.

Pengerusi bersama Jawatankuasa Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi COVID-19 Lawrence Wong berkata langkah itu perlu supaya lebih ramai pekerja dapat kembali bekerja dengan selamat.

"Isunya bukan jumlah orang yang kembali ke tempat kerja seperti apa yang pernah mereka lakukan sebelum COVID-19, tetapi juga mengenai tempat kerja, masa kerja yang lebih fleksibel kerana kita benar-benar perlu sebahagian besar pekerja kita melakukan perjalanan selepas 9.30 pagi.

"Dengan demikian, kita dapat mengurangkan risiko terlalu ramai orang berkumpul dalam pengangkutan awam, di tempat awam, dan juga di bangunan-bangunan pejabat. Oleh itu, Kementerian Tenaga Manusia dan rakan-rakan kerjasama tiga pihak sedang mengkaji dengan aktif isu ini," kata Encik Wong.

Di sidang media petang tadi (9 Sep), jawatankuasa tersebut turut mengumumkan bahawa kegiatan berkumpulan untuk warga emas yang tidak melebihi lima orang dapat disambung semula, kecuali aktiviti nyanyian.

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata ia akan membantu menangani keperluan psiko-sosial warga emas dan menyumbang kepada kesejahteraan mereka secara keseluruhan.

"Kegiatan sedemikian juga akan dibenarkan di kemudahan jagaan warga tua kami seperti rumah jagaan warga tua, pusat penuaan aktif, pusat aktiviti warga emas selagi langkah-langkah jarak selamat dilaksanakan.

"Kami juga akan bekerjasama dengan agensi terbabit untuk melaksanakan langkah-langkah tersebut. Kami juga akan membenarkan agensi-agensi seperti pejabat generasi warga emas untuk terus mendampingi warga emas kita dan memastikan bahawa keperluan mereka dipenuhi," kata Encik Gan. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/RR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan