Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mahu jadikan Woodlands mesra demensia, Masjid Yusof Ishak anjur forum pertingkat kesedaran

Masjid Yusof Ishak di Woodlands menjadi masjid pertama untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) bagi usaha-usaha kesedaran penyakit demensia atau penyakit nyanyuk, dengan menganjurkan forum tentang demensia.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahu jadikan Woodlands mesra demensia, Masjid Yusof Ishak anjur forum pertingkat kesedaran

Anggota panel Forum Demensia anjuran Masjid Yusof Ishak. (Gambar-gambar: Masjid Yusof Ishak)

SINGAPURA: Masjid Yusof Ishak di Woodlands menjadi masjid pertama untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) bagi usaha-usaha kesedaran penyakit demensia atau penyakit nyanyuk, dengan menganjurkan forum tentang demensia.

Forum itu bertujuan mempertingkat kesedaran tentang demensia dan menjadikan Woodlands sebuah bandar mesra demensia.

Anggota panel Forum Demensia anjuran Masjid Yusof Ishak. (Gambar: Masjid Yusof Ishak)

Langkah Masjid Yusof Ishak itu diambil memandangkan kira-kira 10 warga tua di Singapura yang berusia 60 tahun dan ke atas mengalami demensia. Dengan profil penduduk Singapura yang semakin menua, jumlah mereka yang mengalami demensia akan terus meningkat.

Anggota panel Forum Demensia anjuran Masjid Yusof Ishak. (Gambar: Masjid Yusof Ishak)

Statistik itu adalah dapatan Kajian Kesejahteraan Warga Emas Singapura yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Mental (IMH) dan dikongsi oleh Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Ehwal Dalam Negara merangkap Kesihatan Amrin Amin semasa forum yang diadakan pada Jumaat lalu (21 Sep).

Di peringkat global pula, 46.8 juta orang mengalami demensia. Malah, setiap tiga saat, seseorang di dunia mengalami demensia.

Encik Amrin Amin di Forum Demensia anjuran Masjid Yusof Ishak. (Gambar: Masjid Yusof Ishak)

'Forum Demensia: Apa itu Demensia?' menampilkan Encik Amrin Amin, Pengasas dan Presiden Club HEAL, Dr Radiah Salim dan Eksekutif Pendampingan Masjid Yusof Ishak, Ustaz Abdul Fattah sebagai para panelis.

Ia membincangkan topik-topik klinikal serta perspektif agama dan berkongsi bagaimana Islam dan ajaran-ajarannya boleh membantu para penjaga menangani tekanan semasa menjaga pesakit demensia.

Forum itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang demensia di Woodlands dan bahagian utara Singapura supaya masyarakat boleh mengetahui lebih banyak lagi tentang demensia dan cara-cara untuk mencegahnya.

Encik Amrin Amin berkata kementeriannya sedang mempergiat usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang demensia dan menyokong para pesakit dan juga keluarga mereka.

Sekalipun demikian, beliau menambah usaha tersebut memerlukan pendekatan yang melibatkan keseluruhan masyarakat, supaya mereka tahu bagaimana untuk memberikan sokongan kepada orang-orang yang mengalami demensia.

"Masjid Yusof Ishak adalah masjid pertama yang bekerjasama dengan kami untuk mendampingi masyarakat Melayu/Islam bagi tujuan ini.

"Kami berharap lebih ramai rakan-rakan kerjasama akan tampil. Forum pendidikan di Masjid Yusof Ishak akan mengupayakan masyarakat Melayu/Islam untuk belajar lebih banyak tentang demensia dan menjadi proaktif menjaga dan menyokong antara satu sama lain dalam masyarakat," ujar Encik Amrin.

Masjid Yusof Ishak juga bekerjasama dengan Persatuan Rakyat (PA) serta Club HEAL dan disokong oleh Agensi bagi Jagaan Bersepadu untuk menjayakan forum tersebut.

LAPORAN LAIN:

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan