Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mahkamah Tinggi pendekkan tempoh hukuman penjara peguam yang cederakan bekas teman wanita

Hukuman penjara seorang peguam korporat atas kesalahan menyerang teman wanitanya dipendekkan dari enam bulan tiga minggu kepada empat bulan tiga minggu semalam (23 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Tinggi pendekkan tempoh hukuman penjara peguam yang cederakan bekas teman wanita

Gambar fail. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 Mar 2018 12:30PM Dikemas Kini : 24 Mar 2018 12:32PM

SINGAPURA: Hukuman penjara seorang peguam korporat atas kesalahan menyerang teman wanitanya dipendekkan dari enam bulan tiga minggu kepada empat bulan tiga minggu semalam (23 Mac). Peguam itu juga dikenakan denda sebanyak S$1,000.

Lydiawaty Abdul Rahman, 32, membentangkan kesnya di Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan selama beberapa jam.

Hakim Chan Seng Onn menegakkan sabitan ke atas Lydiawaty namun beliau membenarkan Lydiawaty untuk mengemukakan rayuan supaya hukumannya diringankan.

Dalam pada itu, Hakim Chan menolak rayuan pendakwaan untuk mengenakan hukuman lebih berat ke atas Lydiawaty yang menyerang teman wanitanya pada 10 Februari 2014 dalam satu pergaduhan. Pihak pendakwa memohon supaya Lydiawaty dipenjara selama lapan bulan.

Lydiawaty, seorang lulusan Universiti Nasional Singapura pada 2008, mendapat ijazah sarjananya dalam bidang Perundangan dari Universiti Kanada pada 2010. Dia didapati bersalah pada Januari tahun lalu ke atas lima dakwaan selepas perbicaraan selama 12 hari.

Lydiawaty bertemu pelajar berusia 19 tahun itu di laman Craiglist pada Mei 2012.

Remaja itu secara kebetulan bekas pelajar di sekolah menengah di mana Lydiawaty pernah mengajar.

Hubungan mereka yang tidak stabil berakhir dalam satu pergaduhan yang bertukar ganas di rumah Lydiawaty di Jalan Novena Barat.

Dalam keterangannya, mangsa memberitahu mahkamah beliau pergi ke rumah Lydiawaty pada 10 Februari 2014 selepas Lydiawaty menelefonnya.

Bagaimanapun, mangsa dikunci sejurus beliau memasuki rumah Lydiawaty.

Mereka kemudian bergaduh, di mana Lydiawaty menyerang mangsa, mengheretnya ke dalam bilik dan memaksanya untuk menanggalkan pakaian.

Dia juga mengancam mangsa menggunakan sebilah pisau.

Mangsa berjaya menolak Lydiawaty keluar daripada bilik tersebut menggunakan tilam yang diangkat dari katil. Lengannya cedera ketika sedang cuba untuk menutup pintu bilik itu.

Dalam keadaan bogel, mangsa memanjat keluar dari tingkap dan mendapatkan pertolongan di rumah seorang jiran.

Semalam (23 Mac), Lydiawaty mendakwa dirinya "dicabul" seorang lelaki Perancis yang sedang ditemuinya dan memerlukan seorang teman.

Dia menolak kenyataan bahawa mangsa dan dirinya mempunyai hubungan istimewa. "Kami hanya teman baik," katanya kepada Mahkamah.

Lydiawaty menuduh remaja berkenaan "memeras ugutnya berterusan secara emosi" dan mengaku tindakannya "tidak wajar". 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan