Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mahkamah Tinggi lantik 3 Pesuruhjaya Kehakiman baru

Mahkamah Tinggi Singapura melantik tiga Pesuruhjaya Kehakiman baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Tinggi lantik 3 Pesuruhjaya Kehakiman baru
Diterbitkan : 12 Feb 2018 07:37PM Dikemas Kini : 12 Feb 2018 11:15PM

SINGAPURA: Mahkamah Tinggi Singapura melantik tiga Pesuruhjaya Kehakiman baru.

Pelantikan Tan Puay Boon, 62 tahun yang merupakan Hakim Daerah Utama bagi Divisyen Kehakiman Sivil Mahkamah Negara dan Mavis Chionh, 48 tahun, seorang Peguam Negara bagi Jabatan Peguam Negara akan berkuatkuasa pada 12 Mac untuk tempoh tiga tahun.

Sebagai respons kepada perlantikan Cik Chionh, Peguam Negara Lucian Wong berkata beliau sudahpun menyumbang khidmatnya selama 10 tahun.

Ini termasuk peranannya sebagai pendakwa raya utama dalam kes berprofil tinggi Gereja City Harvest, di mana beliau membantu mengukuhkan sabit kesalahan terhadap Kong Hee dan para pemimpin gereja yang lain.

Sementara itu, pelantikan Ang Cheng Hock, 47 tahun seorang peguam di Allen & Gledhill akan berkuatkuasa pada 14 Mei bagi tempoh satu setengah tahun.

Dengan perlantikan baru itu, Mahkamah Tinggi akan mempunyai tujuh Pesuruhjaya Kehakiman.   

Sumber : CNA/NF/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan