Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mahasiswa Universiti Al-Azhar dari S'pura mula terbang ke Mesir sambung semula pengajian

Kumpulan-kumpulan mahasiswa Universiti Al-Azhar dari Singapura sudah pun berangkat ke Mesir sejak sekitar dua minggu lalu bagi menyambung pengajian mereka.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kumpulan-kumpulan mahasiswa Universiti Al-Azhar dari Singapura sudah pun berangkat ke Mesir sejak sekitar dua minggu lalu bagi menyambung pengajian mereka.

Mereka berlepas ke Mesir secara berasingan dalam kumpulan-kumpulan kecil setelah mendapatkan visa pelajar dari Kedutaan Mesir dan kelulusan daripada Kementerian Ehwal Luar Singapura (MHA).

(Gambar: Dr Wan Rizal Wan Zakariah)

(Gambar ihsan: Dr Wan Rizal Wan Zakariah)
Para mahasiswa tersebut sebelum itu perlu menjalani ujian swab COVID-19, 72 jam sebelum berangkat dan dikuarantin selama tujuh hari sebaik mereka tiba di Mesir.

Ini meliputi para pelajar yang bakal memasuki universiti sebagai mahasiswa tahun pertama di Al-Azhar dan juga para pelajar yang menyambung semula pendidikan di sana setelah terpaksa kembali ke Singapura tujuh bulan lalu ekoran pandemik COVID-19.

Antara mereka yang sudahpun berangkat termasuklah dua orang anak pendakwah tempatan, Ustaz Mohd Bahrul-Ulum, iaitu Ali mahasiswa tahun pertama dan abangnya Umar mahasiswa tahun empat.

(Gambar ihsan: Ustaz Bahrul-Ulum)

(Gambar: Petikan dari video Ustaz Bahrul-Ulum)

Ustaz Bahrul-Ulum memberitahu BERITAmediacorp bahawa urusan keberangkatan para mahasiswa Universiti Al-Azhar Singapura ke Mesir dibantu oleh pihak Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan juga Madrasah Aljunied.

(Gambar ihsan: Ustaz Bahrul-Ulum)

(Gambar: Petikan dari video Ustaz Bahrul-Ulum)

Namun demikian, sebagai bapa, beliau mengaku memang masih ada rasa risau juga melepaskan anaknya di tengah-tengah pandemik ini. Namun masanya sudah sampai untuk membenarkan anak-anaknya menyambung pelajaran.

"Pihak MUIS telah membuat segala pemantauan dan memberitahu pelajar-pelajar ada pilihan sama ada ingin tunda atau boleh sambung semula ke sana.

"Di tambah lagi pelajar-pelajar senior di sana memberitahu keadaan agak baik. Maka saya pasrah untuk anak saya yang telah semangat dan sudah lama memendam cita-cita ingin ke Universiti Al-Azhar," cerita bapa empat anak itu kepada BERITAmediacorp.

(Gambar ihsan: Ustaz Bahrul-Ulum)

Ustaz Bahrul-Ulum juga berkongsi bahawa langkah-langkah keselamatan para mahasiswa Singapura sudah ditentukan demi kesejahteraan mereka.

Antaranya, ujian swab sebelum berangkat, kuarantin di tempat tinggal masing-masing setiba di Mesir dan insurans perjalanan, kata Ustaz Bahrul-Ulum.

DR WAN RIZAL PUJI USAHA MUIS, MADRASAH

Antara yang hadir mengiringi para mahasiswa di Lapangan Terbang Changi ialah Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah. Beliau berada di terminal keberangkatan pada Rabu lalu bagi mengucapkan selamat jalan kepada sekumpulan 25 mahasiswa.

Dr Wan Rizal akur bukan mudah untuk para ibu bapa melepaskan anak-anak mereka ke luar negara dalam sekitaran tidak menentu sekarang ini.

(Gambar: Dr Wan Rizal Wan Zakariah)

(Gambar ihsan: Dr Wan Rizal Wan Zakariah)

Namun beliau menambah bahawa mereka "melahirkan keyakinan terhadap langkah-langkah pencegahan COVID-19 yang sedia ada dengan bantuan pihak MUIS dan persatuan PERKEMAS".

PERKEMAS ialah singkatan kepada Perhimpunan Kebajikan Mahasiswa Singapura di Mesir.

Menurut Dr Wan Rizal lagi, berkat kerjasama erat antara pihak MUIS, madrasah tempatan dan Universiti Al Azhar, para pelajar dapat mengikuti kelas-kelas online. Kebajikan para pelajar yang terkandas turut terjaga menurut beliau.

"Pujian bagi pihak MUIS dan madrasah yang giat memastikan pelajar pelajar dapat berangkat dengan selamat, tenteram dan sempurna.

"Saya mengambil kesempatan memberi kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar dan mengingatkan mereka untuk sentiasa patuh dengan semua langkahlangkah keselamatan Covid-19 di sana," kata Dr Wan Rizal kepada BERITAmediacorp.

Para pelajar Singapura yang menuntut di Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir, selamat pulang ke tanah air dinihari 8 Apr 2020. (Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook)

Mahasiswa Singapura Universiti Al-Azhar pulang ke Singapura pada 8 April 2020. (Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook)

Pada April tahun ini semasa krisis COVID-19 mula memuncak, lebih 200 mahasiswa Singapura di Al-Azhar diterbangkan pulang menerusi pesawat yang ditempah khas oleh MFA.

Ini sebagai langkah melindungi keselamatan mereka. Mereka kemudian menjalani kuarantin 14 hari di Singapura.

Pada bulan Jun pula, disebabkan kawalan dan penutupan sempadan juga, 57 pelajar Singapura yang mahu memohon ke Universiti Al Azhar, buat pertama kalinya menduduki ujian kemasukan di Singapura dan bukan di Mesir.

Bakal mahasiswa Universiti Al-Azhar duduki ujian kemasukan bagi Bahasa Arab online di S'pura. (Gambar-gambar: Facebook/MUIS)

Bakal mahasiswa Universiti Al-Azhar duduki ujian kemasukan bagi Bahasa Arab online di S'pura. (Gambar-gambar: Facebook/MUIS)

Ujian itu dijalankan di bawah penyeliaan Kedutaan Mesir di sini dengan kerjasama Madrasah Aljunied.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan