Mahasiswa NUS dibenar reka modul sendiri mulai Ogos
Mulai Ogos tahun ini, para mahasiswa dari Universiti Nasional Singapura (NUS) boleh mereka modul mereka sendiri. Ini kali pertama kaedah seperti tu ditawarkan sesebuah universiti di sini. Ia juga akan meningkatkan proses kemasukan untuk pelajar politeknik dengan kemahiran keusahawanan yang kukuh.
SINGAPURA: Mulai Ogos tahun ini, para mahasiswa dari Universiti Nasional Singapura (NUS) boleh mereka modul mereka sendiri. Ini kali pertama kaedah seperti tu ditawarkan sesebuah universiti di sini.
Ia juga akan meningkatkan proses kemasukan untuk pelajar politeknik dengan kemahiran keusahawanan yang kukuh.
Para pelajar yang berminat untuk mereka sendiri modul mesti terlebih dahulu mempunyai sekurang-kurangnya 10 anggota dalam satu-satu pasukan.
Mereka boleh menjemput penceramah jemputan untuk membimbing mereka bagi satu subjek seperti fintech (teknologi kewangan), atau kemampanan bandar.
Mereka juga boleh memilih modul secara online yang ditawarkan oleh edX, sebuah penyedia kursus online terbuka yang bukan meraih keuntungan yang mempunyai lebih 2,100 kursus peringkat universiti.
Ini lantas menjadikan jumlah keseluruhan kursus yang ditawarkan NUS kepada 4,000.
Para pelajar kemudian boleh mengemukakan cadangan kepada mentor fakulti NUS atau kepada fakulti mereka sendiri untuk diluluskan. Mereka akan dibimbing oleh mentor fakulti yang akan menetapkan tugasan dan menyelia perbincangan.
PELUANG LEBIH CERAH BAGI LULUSAN POLITEKNIK
Secara berasingan, lulusan politeknik dengan keupayaan keusahawanan juga mempunyai peluang lebih baik untuk mendapatkan tempat di NUS.
Lima politeknik boleh mencalonkan sehingga 200 lulusan yang akan dipertimbangkan untuk kemasukan.
Tahun lalu, 15 peratus daripada pengambilan pelajar NUS terdiri daripada pelajar politeknik, naik 11 peratus berbanding lima tahun lalu.
NUS juga akan memperluaskan skim kemasukan bonus kepada pelajar politeknik dari Sekolah Tinggi NUS dan yang mempunyai kelayakan Baccalaureate Antarabangsa (IB).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.