Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mahasiswa NTU lancar jerayawara bantu warga tua tepis berita palsu di WhatsApp

Para mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU) melancarkan pameran bergerak untuk membantu warga tua menepis berita-berita palsu yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Feb 2020 09:07PM Dikemas Kini : 06 Jan 2021 04:00PM

SINGAPURA: Para mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU) melancarkan pameran bergerak untuk membantu warga tua menepis berita-berita palsu yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Ia terutamanya khabar angin mengenai virus COVID-19.

Semasa melawat pameran itu hari ini (15 Feb), Setiausaha Parlimen Kanan Amrin Amin berkata masyarakat dan undang-undang memainkan peranan penting dalam memerangi berita palsu.

Kempen itu menggariskan tiga langkah yang boleh dilakukan warga emas setiap kali menerima berita palsu di WhatsApp.

Pertama, mereka digesa agar tidak menghantar mesej tersebut kepada orang lain dengan serta-merta.

Tinjauan yang dijalankan mendapati lebih 30 peratus warga senja berbuat demikian.

Mereka juga digalakkan supaya merujuk kepada para pakar atau pihak berkuasa jika tidak pasti mengenai kesahihan sesuatu berita yang diterima.

Sumber : CNA/RR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan