Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mabuk di mahkamah meski berdepan tuduhan sebar video seks remaja

Seorang lelaki hadir di mahkamah dalam keadaan mabuk semalam (19 Jul). Dia dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengancam seorang remaja dengan menggunakan rakaman video seks.

Anggaran Waktu Membaca:
Mabuk di mahkamah meski berdepan tuduhan sebar video seks remaja

Gambar fail Mahkamah Negara.

Diterbitkan : 19 Jul 2018 10:07PM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 11:03PM

SINGAPURA: Seorang lelaki hadir di mahkamah dalam keadaan mabuk semalam (19 Jul). Dia dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengancam seorang remaja dengan menggunakan rakaman video seks.

Naveenthiran Thevathas, 21 tahun, mengaku bersalah minggu lalu atas tuduhan memeras ugut dan satu lagi tuduhan mencuri kad debit POSB Passion.

Naveenthiran turut dituduh menyebarkan video lucah melalui WhatsApp.

Menurut dokumen mahkamah, Naveenthiran memeras ugut seorang remaja berusia 17 tahun pada Hari Valentine tahun ini untuk mendapatkan S$2,000. Jika tidak, Naveenthiran mengancam akan menyebarkan video seks remaja itu di media sosial.

Naveenthiran melakukan perkara yang sama dengan Nitesh Naidu Raj Kumar Naidu, 23, dan Chandanee Selvarajoo, 28 tahun.

Remaja yang diancam Naveenthiran tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah. Beliau menyerahkan duit kepada Naveenthiran dan rakan subahatnya pada 16 Februari.

Semalam (19 Jul), Naveenthiran hadir di mahkamah bersama rakan-rakan dan keluarganya dalam keadaan mabuk. Dia terhuyung-hayang dan terpaksa berpaut kepada kenalannya, ketika diiring para pengawal keselamatan.

Hakim Daerah Kenneth Yap menegur Naveenthiran atas keterampilannya.

"Ini bukan 7-Eleven, bukan poliklinik," kata hakim. "Bagaimana anda boleh hadir dalam keadaan mabuk?"

Hakim menarik balik ikat jamin S$20,000 Naveenthiran dan dia ditahan reman. Kes akan disebut semula pada 23 Julai, sementara rakan-rakan subahatnya akan dihadapkan ke mahkamah pada bulan ini.

Atas tuduhan peras ugut, Naveenthiran boleh dipenjara antara dua hingga tujuh tahun, dan dirotan. Bagi kesalahan mencuri, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan