Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MABIMS lancar Buku Pelan Strategik 2021-2025; gariskan 4 bidang kerjasama utama

Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) hari ini (8 Dis) melancarkan Buku Pelan Strategik 2021-2025, yang menggariskan rancangan strategik baru MABIMS buat lima tahun. 

Anggaran Waktu Membaca:
MABIMS lancar Buku Pelan Strategik 2021-2025; gariskan 4 bidang kerjasama utama

MABIMS melancarkan Buku Pelan Strategik 2021-2025 pada 8 Dis 2021. (Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook)

Diterbitkan : 08 Dec 2021 09:38PM Dikemas Kini : 08 Dec 2021 09:39PM

SINGAPURA: Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) hari ini (8 Dis) melancarkan Buku Pelan Strategik 2021-2025, yang menggariskan rancangan strategik baru MABIMS buat lima tahun.

Ketika mengumumkan perkara itu di Facebooknya, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli berkata pelan strategik tersebut menggariskan empat bidang kerjasama utama. Ia meliputi Pendidikan dan Pemahaman Kehidupan Beragama, Kesejahteraan Sosial, Potensi Belia serta Keharmonian Serantau.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli di pertemuan MABIMS secara maya pada 8 Dis 2021. (Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook)

"Pelan strategik ini meletakkan MABIMS dalam kedudukan lebih baik untuk mencapai kerjasama yang lebih teguh. Ia juga bakal membangunkan rangka kerja yang akan memanfaatkan masyarakat Islam kita dalam landskap yang berubah-ubah dan norma-norma baru," ungkap Encik Masagos.

Tambah beliau, Singapura akan menerajui bidang keharmonian serantau dengan matlamat untuk memupuk nilai Rahmatan Lil Alamin melalui program-program dan kegiatan bersama masyarakat Islam dari negara-negara anggota MABIMS.

"MABIMS merupakan wadah utama untuk para anggota membincangkan isu-isu sosio-agama kontemporari di rantau kita," kata Encik Masagos.

"Kerjasama berterusan antara institusi-institusi keagamaan adalah penting dalam kita menghadapi pelbagai cabaran baru. Dengan kepakaran dan pengalaman yang dikongsi bersama, saya yakin kita boleh mengukuhkan kerjasama dalam membangunkan struktur menyeluruh yang boleh membimbing umat Islam di rantau ini," ujarnya lanjut.

Semasa pertemuan yang diadakan secara maya pada pagi Rabu, MABIMS mengalu-alukan Senator Idris Ahmad yang baru dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia.

Encik Masagos melahirkan keyakinan bahawa Senator Idris Ahmad akan menyumbangkan pelbagai buah fikiran untuk mempertingkatkan hasil kerja MABIMS.  

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan