Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

M1 ganding bahu dengan SG Bike cegah letak basikal sembarangan

Syarikat khidmat basikal sewa tempatan, SG Bike, bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi M1 untuk menangani masalah basikal yang diletak sembarangan dalam kalangan pengguna basikal di sini.

Anggaran Waktu Membaca:
M1 ganding bahu dengan SG Bike cegah letak basikal sembarangan

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 26 Feb 2018 02:38PM Dikemas Kini : 26 Feb 2018 02:40PM

SINGAPURA: Syarikat khidmat basikal sewa tempatan, SG Bike, bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi M1 untuk menangani masalah basikal yang diletak sembarangan dalam kalangan pengguna basikal di sini.

Dalam kenyataan bersamanya hari ini (26 Feb), dua syarikat itu menyatakan mereka sudah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memanfaatkan satu rangkaian M1 - yang dipanggil Narrowband Internet of Things (NB-IoT) - untuk "mempertingkatkan lagi huraian geostation SG Bike". Teknologi Geostation digunakan SG Bike di mana ia menandakan kawasan letak basikal menggunakan sistem pengenalan frekuensi radio (RFID).

Kerjasama itu akan mempertingkatkan lagi teknologi tersebut bagi mengesan dan mengumpul basikal-basikal yang tidak diletakkan di zon-zon yang ditetapkan berdasarkan masa nyata.

Menurut kenyataan itu, "tidak lama lagi, masalah basikal yang diletak sembarangan di koridor-koridor, perhentian bas atau lif akan dapat ditangani dengan menggunakan teknologi geostation SG Bike".

Tidak seperti teknologi geofencing yang digunakan kebanyakan syarikat khidmat basikal sewa, SG Bike menyatakan teknologi geostationnya lebih tepat dan mampu mengawal masalah basikal yang diletak sembarangan dengan menggunakan RFID.

Melalui kerjasama ini, para pengguna dapat mengesan basikal sewa dengan lebih tepat. SGBike juga menyatakan ia akan mampu menangani dan mengambil tindakan lebih pantas jika basikal diletak sembarangan.

Buat masa ini, para pengguna SG Bike yang gagal untuk memulangkan basikal ke tempat-tempat yang ditetapkan akan diberi 15 minit untuk memindahkan basikal yang disewa ke lokasi yang dikhususkan.

Teknologi RFID boleh dipasang pada peranti-peranti lain termasuk payung dan skuter bagi memupuk budaya berkongsi dalam masyarakat melalui data yang tepat.  

Sumber : Today/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan