Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

M³@Woodlands dilancarkan sebagai M³@Bandar kelapan

Inisiatif M³@Bandar yang kelapan dilancarkan di Woodlands hari ini (21 Julai), sekali gus menjadikannya M³@Bandar yang terakhir dirasmikan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Inisiatif M³@Bandar yang kelapan dilancarkan di Woodlands hari ini (21 Julai), sekali gus menjadikannya M³@Bandar yang terakhir dirasmikan.

Dipanggil M³@Woodlands, ia bertujuan memperkasa masyarakat supaya berkembang maju di tengah-tengah ekonomi tidak menentu dan dunia yang pesat berubah.

M³@Woodlands dirasmikan Setiausaha Parlimen Kanan bagi Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan Amrin Amin, bersama-sama para penasihat GRC Sembawang, Encik Khaw Boon Wan, Dr Lim Wee Kiak dan Encik Vikram Nair.

Perasmian tersebut juga berlangsung sempena SHIOK Baby Fest di Kelab Masyarakat Woodlands Galaxy.

KESEDIAAN KEWANGAN SALAH SATU BIDANG TUMPUAN

M³@Woodlands memberi tumpuan kepada tiga bidang tumpuan - Kesediaan Kewangan atau Ekonomi, Kesediaan Kesihatan serta Kemaslahatan Keluarga dan Masyarakat.

Satu gerai di acara pelancaran M³@Woodlands pada 21 Jul 2019 (Gambar: Ira Musfirah/BERITAmediacorp)

(Gambar-gambar: Ira Musfirah/BERITAmediacorp)

Dipimpin Dr Noorul Fatha As'art, seramai 23 anggota M³@Woodlands, yang terdiri daripada para karyawan seperti golongan PMET, peguam dan guru, akan bekerjasama dengan MESRA, MUIS, MENDAKI, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan rangkaian akar umbi bagi mewujudkan ekosistem masyarakat.

Ini juga dengan tujuan mendampingi segenap lapisan usia dan memenuhi keperluan penduduk di pelbagai peringkat kehidupan.

HASRAT HIMPUNKAN LEBIH RAMAI RELAWAN MELAYU/ISLAM

M³@Bandar bertujuan menghimpunkan lebih ramai relawan Melayu/Islam dan pemimpin masyarakat, sambil memanfaatkan kekuatan mereka dan pihak-pihak berkepentingan bagi memenuhi keperluan masyarakat dengan lebih baik.

Para relawan M³@Woodlands dan MAEC di GRC Sembawang sudah mendampingi para penduduk sejak enam bulan lalu bagi memahami keperluan masyarakat melalui lawatan ke rumah dan di acara kemasyarakatan.

Orang ramai di pelancaran M³@Woodlands pada 21 Jul 2019 (Gambar: Ira Musfirah/BERITAmediacorp)

M³@Woodlands juga akan bekerjasama dengan ibu bapa muda bagi membantu keluarga membina kemahiran keibubapaan mereka untuk meningkatkan keyakinan memimpin keluarga.

Bagi warga senja, M³@Woodlands juga bakal bekerjasama dengan masjid-masjid di GRC tersebut untuk mendapatkan lebih banyak penduduk untuk mendampingi para warga senja.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan