Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

M'sia labur S$28 juta bagi tangani kesesakan di Koswe dan Linkedua

Kerajaan Malaysia akan melabur RM85 juta (S$28 juta) tahun depan untuk menangani kesesakan di Koswe dan Linkedua, demikian menurut Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng hari ini (11 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia labur S$28 juta bagi tangani kesesakan di Koswe dan Linkedua

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 11 Oct 2019 10:12PM Dikemas Kini : 11 Oct 2019 10:14PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan melabur RM85 juta (S$28 juta) tahun depan untuk menangani kesesakan di Koswe dan Linkedua, demikian menurut Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng hari ini (11 Okt).

Semasa menyampaikan ucapan Belanjawan 2020, Encik Lim juga berkata Putrajaya "bercadang untuk meneruskan" dengan Laluan Sistem Transit Laju (RTS) antara Singapura dan Johor Bahru sebagai penyelesaian jangka panjang.

Encik Lim berkata ia adalah "isu mendesak" untuk memperbaiki masalah kesesakan di Koswe Johor yang digunakan oleh lebih 300,000 rakyat Malaysia setiap hari untuk ke Singapura.

"Bagi mengurangkan kesesakan di Koswe dan Linkedua, Pemerintah akan melabur RM85 juta (S$28 juta) mulai tahun depan terhadap meningkatkan aliran kenderaan dan lalu lintas ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ)," ujar beliau.

"Dengan peruntukan ini, 50 kaunter tambahan akan dibuka bagi para penunggang motosikal," katanya sambil menambah proses-proses di kaunter immigresen dan lebuh raya akan diselaraskan.

Beliau tidak memberikan maklumat lanjut.

Laluan RTS yang menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Woodlands di Singapura dijangka menampung sehingga 10,000 penumpang setiap jam untuk setiap perjalanan. Projek itu sepatutnya siap pada 2024, namun kini di belakang jadul kerana Malaysia sering melewatkan persetujuannya bersama rakan usaha sama.

Pada Mei lalu, Singapura dan Malaysia bersetuju untuk menangguhkan pembinaan Laluan RTS sehingga 30 September atas permintaan Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada persetujuan itu, Malaysia bersetuju untuk membayar balik Singapura kos penangguhan iaitu sekitar S$600,000. Semasa tempoh penangguhan, Malaysia akan memutuskan jika ia akan meneruskan dengan projek Laluan RTS sediakala.

Pada 29 Sep, ia diumumkan bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir sehingga 31 Oktober.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan