Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

M'sia hentikan pencarian warga S'pura Tan Eng Soon yang hilang dekat Mersing

Pihak berkuasa Malaysia pada Ahad malam (18 Ogos) menghentikan operasi mencari dan menyelamat bagi warga Singapura Tan Eng Soon yang hilang ketika mendayung kayak.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia hentikan pencarian warga S'pura Tan Eng Soon yang hilang dekat Mersing

Encik Tan Eng Soon hilang ketika mendayung kayak dekat Mersing pada Ogos 2019 (Gambar: Louis Pang/Instagram)

Diterbitkan : 19 Aug 2019 04:27PM Dikemas Kini : 19 Aug 2019 04:33PM

MERSING: Pihak berkuasa Malaysia pada Ahad malam (18 Ogos) menghentikan operasi mencari dan menyelamat bagi warga Singapura Tan Eng Soon yang hilang ketika mendayung kayak.

Menurut kenyataan media Agensi Penguasa Maritim Malaysia, operasi tersebut dihentikan pada sekitar 9.00 malam.

"Operasi mencari dan menyelamat dihentikan kerana tiada petunjuk baru ditemui menyusuli penemuan mangsa wanita pada 14 Ogos. Namun, operasi mencari akan dimulakan sekali lagi jika terdapat sebarang petunjuk baru," menurut ketua maritim Johor, Aminuddin Abdul Rashid.

Encik Tan hilang bersama seorang lagi rakyat Singapura Puah Geok Tin semasa berkayak di perairan dekat Mersing pada 8 Ogos.

Mayat Cik Puah ditemui minggu lalu di perairan dekat Kemaman, Terengganu. Kedua-dua mereka terpisah dari kumpulan mereka semasa mendayung kayak dekat kepulauan Endau.

Ketua maritim itu menambah, gerakan mencari selama 10 hari itu melibatkan 155 orang, lima aset penerbangan dan 11 aset laut. Ia juga menelan belanja RM431,380 (S$143,130). 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan