Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

M'sia belum hantar saranan kepada S'pura untuk 'laluan ketiga' di Pulau Ubin

Malaysia belum menghantar saranan kepada Singapura untuk membina laluan ketiga antara Johor dengan Singapura. Demikian menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Desmond Lee dalam satu catatan Facebook pada Jumaat (31 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia belum hantar saranan kepada S'pura untuk 'laluan ketiga' di Pulau Ubin

Gambar fail Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Desmond Lee. (Gambar: Jalelah Abu Baker)

Diterbitkan : 31 Aug 2018 11:44PM Dikemas Kini : 31 Aug 2018 11:48PM

SINGAPURA: Malaysia belum menghantar saranan kepada Singapura untuk membina laluan ketiga antara Johor dengan Singapura. Demikian menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Desmond Lee dalam satu catatan Facebook pada Jumaat (31 Ogos).

Beliau bertemu dengan anggota Friends of Ubin Network, yang bertanya kepadanya mengenai laporan berita bahawa Johor sedang mengkaji kemungkinan membina laluan ketiga ke Singapura menerusi Pulau Ubin.

"Saya menjelaskan bahawa kami tidak menerima saranan Malaysia dan tidak mempunyai maklumat mengenainya," katanya, mengulangi kenyataan sebelum ini dari Kementerian Pengangkutan Singapura.

Singapura kini berhubung dengan Johor menerusi Koswe Woodlands di bahagian utara dan Link Kedua di Tuas di bahagian barat.

Pada Khamis (30 Ogos) Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad dilaporkan berkata bahawa terdapat "beberapa" rancangan untuk membina link ketiga dengan Singapura, tanpa memberikan butiran lanjut.

Encik Lee berkata sekiranya Singapura menerima saranan tersebut, "agensi yang relevan pasti akan mengkaji dengan teliti".

"Usaha terhadap Projek Ubin, untuk menjaga keaslian Pulau Ubin dan untuk melindungi warisan dan biodiversitinya, masih diteruskan," tambahnya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan