Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

M Ravi didakwa dengan tuduhan fitnah Menteri Undang-Undang K Shanmugam

Peguam Ravi Madasamy, atau lebih dikenali sebagai M Ravi, didakwa di mahkamah pada Rabu (16 Dis) atas tuduhan fitnah jenayah terhadap Menteri Undang-Undang K Shanmugam.

Anggaran Waktu Membaca:
M Ravi didakwa dengan tuduhan fitnah Menteri Undang-Undang K Shanmugam

Peguam M Ravi. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 16 Dec 2020 11:19AM Dikemas Kini : 16 Dec 2020 11:22AM

SINGAPURA: Peguam Ravi Madasamy, atau lebih dikenali sebagai M Ravi, didakwa di mahkamah pada Rabu (16 Dis) atas tuduhan fitnah jenayah terhadap Menteri Undang-Undang K Shanmugam.

Ravi, 51 tahun dituduh memfitnah Menteri Undang-Undang K Shanmugam dengan membuat andaian Encik Shanmugam "membuat keputusan dan menguasai" serta "menggunakan pengaruhnya" ke atas Ketua Hakim.

Kes itu didengar sebentar sahaja pada Rabu, dengan Ravi memberitahu hakim bahawa dia sudah membentangkan hujahnya pada minggu sebelumnya.

Persidangan pra-perbicaraan akan diadakan pada Januari tahun depan. Dua timbalan pendakwa raya menghadiri sesi pagi ini.

Tuduhan fitnah itu berlaku dalam catatan Facebook Ravi pada 6 Nov. Ravi mendakwa bahawa dia mendapat tahu tentang dakwaan tersebut daripada seorang lagi peguam Encik Eugene Thuraisingam.

Sejurus selepas memuat naik catatan itu, Encik Thuraisingam menulis surat kepada Encik Shanmugam untuk mengatakan bahawa "tidak ada kebenaran sama sekali" mengenai tuduhan Ravi itu.

Encik Thuraisingam, seorang peguam bela jenayah yang terkenal, juga memuat naik salinan surat itu ke laman Facebooknya, sambil merujuk kepada catatan Encik Ravi sebagai "palsu dan sama sekali tidak benar".

Menurut Encik Thuraisingam, Ravi membuat dakwaan serupa di laman Facebooknya pada 2017, dengan Encik Thuraisingam menjelaskan perkara itu kepada Encik Shanmugam pada keesokan harinya. Tiada tindakan polis diambil terhadap insiden pada 2017 itu, menurut polis dalam kenyataannya pada 7 Nov tahun ini.

Setelah pihak media melaporkan kenyataan polis yang menyatakan bahawa pihak berkuasa sedang menyiasat kes fitnah tersebut, Ravi kemudian menulis di laman Facebooknya untuk mengatakan dia akan menyaman Mediacorp, The Straits Times Press dan Suruhanjaya Polis, antara lain.

Jika didapati bersalah melakukan fitnah jenayah, Ravi boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan