Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

M³ lancar laman hulur khidmat guaman percuma; bantu permohonan LPA

Anggota masyarakat Melayu/Islam yang tidak mampu untuk mendapatkan khidmat guaman kini boleh berbuat demikian melalui khidmat pro bono (percuma) yang ditawarkan secara online oleh sekumpulan peguam di bawah naungan M³.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Anggota masyarakat Melayu/Islam yang tidak mampu untuk mendapatkan khidmat guaman kini boleh berbuat demikian melalui khidmat pro bono (percuma) yang ditawarkan secara online oleh sekumpulan peguam di bawah naungan M³.

Para peguam itu akan menawarkan khidmat mereka secara percuma menerusi laman m3lawyers.sg. Malah khidmat guaman percuma juga mungkin ditawarkan sekiranya wajar bagi prosiding-prosiding guaman tertentu.

Untuk mendapatkan khidmat peguam yang sesuai bagi keperluan mereka, para anggota masyarakat juga boleh merujuk kepada senarai peguam yang membariskan peguam-peguam yang berpengalaman dalam pelbagai bidang.

Antara peguam-peguam yang disenaraikan di direktori m3lawyers.sg.

Kepakaran para peguam sukarela itu juga begitu luas - dari bidang-bidang yang menjejas hak peribadi seperti undang-undang jenayah, keluarga, Syariah, serta Probet dan Pentadbiran sehinggalah ehwal perniagaan termasuk undang-undang perbankan, hak milik intelektual dan nasihat korporat.

Sebahagian besar peguam bertauliah yang disenaraikan itu turut fasih berbahasa Melayu.

Selain itu, laman tersebut turut menyenaraikan acara-acara yang dijadualkan. Ini termasuk membantu menulis dan memfailkan Surat Kuasa Berkekalan atau LPA seterusnya pada separuh kedua Mac 2021.

LPA adalah surat guaman yang membenarkan seseorang berusia 21 tahun ke atas untuk melantik secara sukarela, orang lain atau beberapa individu sekali gus untuk membuat keputusan dan bertindak sebagai wakil sekiranya beliau kehilangan daya mental.

Mereka yang ingin memohon LPA tanpa bayaran bagi pensijilannya boleh memeriksa tarikh yang ditetapkan di laman tersebut.

Acara bantuan LPA pada 22 November 2020. (Gambar: m3lawyers.sg)

Para peguam yang tampil untuk meluangkan masa dan menyumbang tenaga bagi menjayakan laman m3lawyers.sg berharap khidmat mereka akan membawa manfaat kepada mereka yang memerlukannya menerusi wadah yang mudah diakses itu.

M³ adalah kerjasama Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), MENDAKI dan MESRA untuk menggembleng sumber dan tenaga demi kemajuan masyarakat Melayu/Islam setempat.

Sumber : BERITA Mediacorp/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan