Images
  • masagos fb 1
    (Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook)

M³ gembleng tenaga 16 anggota kesatuan; bincang kerjasama perbaiki kehidupan masyarakat

SINGAPURA: Pemimpin-pemimpin kesatuan boleh memainkan peranan aktif dalam membantu masyarakat mencari pekerjaan dan menimba kemahiran bagi pengayaan diri.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli menekankan demikian di laman Facebooknya hari ini (15 Ogos) sambil berkata bahawa para pemimpin kesatuan juga mempunyai saluran untuk menyumbang di bawah rangka kerja M³@Bandar.


Encik Masagos memuat naik catatan terkini itu di akaun Facebooknya setelah bertemu dengan 16 anggota kesatuan Melayu/Islam hari ini (15 Ogos) Kesemuanya mewakili pelbagai kesatuan perdagangan yang berhimpun untuk membincangkan cara bagaimana mereka boleh bekerjasama bagi meningkatkan mutu kehidupan masyarakat.

“Kami memberi taklimat tentang usaha M³@Bandar masing-masing dan khidmat yang ditawarkan oleh MENDAKI SENSE serta Persatuan Rakyat (PA) untuk golongan pekerja menajamkan kemahiran selain membantu masyarakat setempat menerusi pelbagai program tukikan,” tulis Encik Masagos.


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada sekumpulan anggota kesatuan itu atas perbincangan bermakna yang diadakan sebentar tadi.

“Saya menantikan pelibatan aktif mereka tidak lama lagi!,” ujarnya. 

- BERITAmediacorp/fz

Top