Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

M³ akan peruntuk sumber bantu bekas pesalah dan keluarga banduan, dedah Amrin

M³ - MUIS, MENDAKI dan MESRA - akan memperuntukkan sumber untuk membantu bekas pesalah dan keluarga banduan.

Anggaran Waktu Membaca:
M³ akan peruntuk sumber bantu bekas pesalah dan keluarga banduan, dedah Amrin

Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan, Amrin Amin, semasa dialog di Kelab Masyarakat MacPherson pada 23 Oktober. (Gambar: MCI)

BERITAmediacorp: M³ - MUIS, MENDAKI dan MESRA - akan memperuntukkan sumber untuk membantu bekas pesalah dan keluarga banduan.

Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan, Amrin Amin, berkata demikian di satu sesi dialog tidak rasmi yang diadakan di Kelab Masyarakat MacPherson pada Selasa (23 Okt).

Sesi dialog itu melibatkan sekitar 30 sukarelawan Projek Masyarakat Reben Kuning (YRCP) Divisyen Akar Umbi MacPherson dan Masjid Sallim Mattar serta para penerima bantuan YRCP.

Menurut Encik Amrin, Divisyen Akar Umbi MacPherson sudah bekerjasama dengan rakan-rakan masyarakat seperti Masjid Sallim Mattar untuk menganjurkan lawatan bersama bagi membantu para keluarga pesalah dan bekas banduan.

Sesi dialogi itu bertujuan memahami tentang sokongan yang diterima oleh para penerima YRCP menerusi inisiatif tersebut dan usaha lanjut yang boleh dijalankan untuk terus membantu mereka.

Apabila diminta mengulas mengenai sesi selama satu jam setengah itu, Encik Amrin berkata bahawa dialog-dialog seumpama itu penting bagi membantu Pemerintah dan masyarakat untuk mengenal pasti jurang dalam usaha-usaha sedia ada.

Selain itu, Encik Amrin juga berkata dialog tersebut dapat memperkukuhkan kerjasama serta meningkatkan bantuan yang dihulurkan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau turut melahirkan rasa simpati terhadap para penjaga warga tua yang memohon agar lebih banyak sokongan pendidikan dapat diberikan kepada cucu-cucu mereka serta sokongan perumahan dan pekerjaan oleh bekas pesalah.

Semasa dialog itu, Encik Amrin mengongsi bahawa M³ akan memperuntukkan sumber-sumbernya untuk membantu mereka dan ini akan dilakukan menerusi tiga bidang utama iaitu: sokongan bagi keluarga, kaunseling agama dan sokongan masyarakat.

Beliau turut menggesa masyarakat Melayu/Islam supaya menyertai dan menyokong usaha M³ bagi membantu golongan yang memerlukan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan