Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lulusan sekolah tempatan akan terima sijil digital yang 'tidak mudah rosak'

Mulai tahun ini, para lulusan sekolah-sekolah tempatan - termasuk sekolah menengah, maktab rendah dan institusi pengajian tinggi - akan meneriima sijil digital bagi kelayakan yang mereka perolehi, kata Menteri Pendidikan Ong Ye Kung pada Jumaat (3 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 May 2019 01:21PM Dikemas Kini : 04 May 2019 12:46AM

SINGAPURA: Mulai tahun ini, para lulusan sekolah-sekolah tempatan - termasuk sekolah menengah, maktab rendah dan institusi pengajian tinggi - akan meneriima sijil digital bagi kelayakan yang mereka perolehi, kata Menteri Pendidikan Ong Ye Kung pada Jumaat (3 Mac).

Ini adalah sebahagian daripada inisiatif nasional dipanggil OpenCerts, yang dibangunkan bersama oleh SkillsFuture Singapore (SSG), Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech), Kementerian Pendidikan dan Politeknik Ngee Ann (NP).

OpenCerts adalah suatu platform berasaskan blockchain yang menawarkan "cara mudah dan boleh dipercayai" untuk mengeluarkan dan mengesahkan sijil-sijil yang tidak mudah rosak, menurut satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh SSG, GovTech dan NP. Ini adalah kali pertama teknologi sedemikian digunakan di peringkat nasional.

Perubahan itu akan memanfaatkan para pelajar yang akan mendapat sijil-sijil peringat N-, O-, A dari politeknik, universiti berautonomi, Maktab Seni Lasalle, Akademi Seni Halus Nanyang (NAFA) serta Institusi Pembangunan Awal Kanak-kanak. Para individu yang selesai Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja Singapura (WSQ) juga akan menerima sijil digital.

Para pelajar yang tamat pengajian dari sekolah-sekolah tersebut akan menerima sijil digital yang akan mempunyai bukti kriptografik unik bagi pengesahan. Mereka akan menerimanya menerusi emel dan juga akan secara automatik disertakan dalam Skills Passports bagi akaun MySkillsFuture masing-masing.

Terdapat juga rancangan untuk mereka sijil digital bagi mereka yang sudah tamat pengajian di sekolah-sekolah yang menyertai program tersebut.

Apabila para pelajar menggunakan sijil-sijil tersebut untuk memohon pekerjaan atau memohon untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi lain, para majikan atau sekolah boleh mengesahkan sijil-sijil digital itu menerusi platform online OpenCerts.io.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan