Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

LTA terima lebih 23,500 permohonan bagi pembuangan e-skuter tidak penuhi piawai keselamatan

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sudah menerima lebih 23,500 permohonan bagi pembuangan skuter elektrik berdaftar yang tidak memenuhi piawai keselamatan kebakaran UL2272.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Dec 2019 08:07PM Dikemas Kini : 18 Dec 2019 10:41PM

SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sudah menerima lebih 23,500 permohonan bagi pembuangan skuter elektrik berdaftar yang tidak memenuhi piawai keselamatan kebakaran UL2272.

Pemilik akan mendapat insentif S$100 bagi setiap alat PMD sedemikian yang dibuang sebelum akhir tahun ini.

Insentif tidak lagi diberikan selepas itu tetapi para pemilik masih boleh membuang alat PMD masing-masing secara percuma sehingga Mac tahun depan.

Atas sebab-sebab keselamatan, LTA menyatakan alat-alat PMD yang tidak memenuhi piawai UL2272 perlu dibuang di tempat-tempat yang ditetapkannya.

Sekurang-kurangnya 80 peratus daripada lebih 100,000 e-skuter yang berdaftar di sini tidak memenuhi piawai UL2272 dan tidak boleh digunakan di laluan awam mulai Julai tahun depan.  

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan