Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

LTA rampas PMD milik Neuron Mobility, Telepod dan Beam

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) merampas 42 alat mobiliti peribadi (PMD) dari tiga pengendali - Neuron Mobility, Telepod dan Beam.

Anggaran Waktu Membaca:
LTA rampas PMD milik Neuron Mobility, Telepod dan Beam

E-skuter Neuron Mobility dirampas di Bencoolen Street. (Gambar: LTA)

Diterbitkan : 13 Nov 2018 08:45PM Dikemas Kini : 13 Nov 2018 08:48PM

SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) merampas 42 alat mobiliti peribadi (PMD) dari tiga pengendali - Neuron Mobility, Telepod dan Beam.

42 PMD tersebut disewakan secara terbuka di tempat-tempat awam, iaitu satu kesalahan di bawah Akta Tempat Letak Kenderaan.

Alat-alat mobiliti peribadi dari Neuron Mobility dan Telepod ditemui di tempat-tempat awam seperti di Bencoolen Street dan Bayfront Avenue.

E-skuter Telepod dirampas di sebuah perhentian bas di Bayfront Avenue. (Gambar: LTA)

E-skuter Telepod dirampas di sebuah perhentian bas di Bayfront Avenue. (Gambar: LTA)

Satu PMD Beam ditemui di stesen MRT Bugis dan dirampas kerana pengendali berkenaan tidak mendapatkan sebarang pengecualian untuk menyediakan khidmat sewa PMD di sebarang tempat di Singapura, meskipun LTA sebelum ini sudah mengeluarkan notis tentang syarat-syarat kawal selia.

Buat masa ini, para pengendali PMD sewa tidak dibenarkan untuk beroperasi di tanah-tanah awam tanpa lesen atau pengecualian daripada Menteri Pengangkutan.

Pengecualian yang diberikan sejauh ini hanya kepada para pengendali yang menyediakan khidmat sedemikan di kawasan-kawasan tertentu di One-north, kerana perjanjian sedia ada dengan pemilik tanah JTC.

LTA menyatakan bahawa ia kecewa dengan Neuron Mobility, Telepod dan Beam yang menawarkan khidmat di tanah awam secara haram, meskipun LTA sudah berkali-kali mengeluarkan peringatan dan amaran antara bulan Julai hingga Oktober 2018.

Ia juga menyiasat Neuron Mobility dan Telepod kerana menyediakan khidmat sewa PMD di tempat-tempat awam tanpa lesen atau pengecualian.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan