Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

LTA rampas 120 kenderaan sudah tamat tempoh pendaftaran

120 kenderaan yang sudah tamat tempoh pendaftaran dan seharus diskrap dirampas Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) di beberapa lokasi awal bulan ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jun 2018 04:02PM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 10:57PM

SINGAPURA: Sebanyak 120 kenderaan yang sudah tamat tempoh pendaftaran dan seharus diskrap dirampas menyusuli satu operasi yang dijalankan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) di beberapa lokasi awal bulan ini.

Kenderaan-kenderaan tersebut, kebanyakannya kereta jenis saloon, dirampas dari penjual kereta dan pemiliknya dalam operasi yang dijalankan pada 7 Jun itu.

Kenderaan-kenderaan tersebut sama ada diisytiharkan sudah dieksport atau disimpan melebihi tarikh dibenarkan penggunaannya dan seharus diskrap, menurut LTA dalam kenyataan hari ini (18 Jun).

Para pemilik premis yang diserbu sedang membantu LTA dalam siasatannya.

Memiliki, menggunakan atau membenarkan kenderaan yang telah tamat tempoh pendaftaran untuk digunakan melebihi tarikh sah ditetapkan adalah satu kesalahan.

Mereka yang disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga bulan dan/atau dikenakan denda sehingga S$2,000 bagi kesalahan kali pertama. Pesalah berulang boleh dihukum penjara sehingga enam bulan dan/atau denda sehingga S$5,000.

Para pemilik kenderaan berkenaan diberi tempoh sebulan untuk menyerahkan bukti kepada LTA bahawa kenderaan tersebut sudah diskrap di tempat yang diluluskan atau di zon memproses eksport, atau dieksport keluar negara.

Individu yang didapati bersalah membuat pengakuan palsu kepada LTA, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 12 bulan dan/atau didenda sehingga S$5,000.  

Sumber : CNA/SM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan