Images
  • banjir mrt scdf
    Para pegawai SCDF berusaha untuk menangani banjir di terowong MRT Bishan-Braddell. (Gambar: SCDF) 

LTA, PUB bentuk jawatankuasa teliti langkah cegah banjir dalam terowong MRT

SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan agensi air negara PUB menubuhkan sebuah Jawatankuasa Tetap bagi mengatasi banjir, kata Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan hari ini (5 Dis).

Jawatankuasa tersebut juga akan mengkaji langkah-langkah jangka panjang yang melangkaui generasi kini dan melaksanakannya, kata Encik Khaw.

“Pengajaran dan pengalaman yang timba akan diinstitusikan Jawatankuasa Tetap PUB-LTA supaya ia tidak terkubur bersama kita," katanya.

Menurut beliau lagi, jawatankuasa yang ditubuhkan atas saranan mantan pengerusi PUB Tan Gee Paw itu akan memastikan generasi masa depan tidak melupakan bahaya banjir.

Berucap di Forum kelima mengenai Penyenggaraan Prasarana di Bangunan Sekitaran di Scotts Road, Encik Khaw berkata bahawa masalah banjir di terowong MRT Bishan-Braddell pada 7 Oktober adalah akibat “kegagalan pihak pengurusan", bukan isu kejuruteraan.

“Insiden 7 Oktober mengetengahkan isu-isu lain: dasar HR (sumber manusia), pusingan kerja yang dilakukan kakitangan, penyeliaan serta penglibatan kakitangan serta motivasi pekerja,” katanya.

SMRT harus tampil lebih kukuh menyusuli insiden itu kata Encik Khaw, sambil menambah bahawa beliau yakin terhadap SMRT, pengerusinya Seah Moon Ming dan pasukan beliau.

Meskipun reka bentuk kejuruteraannya jelas dan mudah, penyenggaraan yang kerap, audit, pemeriksaan dan ujian berkala membezakan sama ada mekanisme anti-banjir akan beroperasi seperti yang dikehendaki, katanya.

“Insiden banjir 7 Oktober akan diingati buat masa yang lama. Ia harusnya begitu,” tegas Encik Khaw. 

- CNA/SM/sm

Top