Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

LTA gantung bidaan COE April di tengah langkah baru bendung COVID-19

Bidaan bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) untuk bulan April akan digantung, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam kenyataan media hari ini (5 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Apr 2020 02:59PM Dikemas Kini : 05 Apr 2020 08:45PM

SINGAPURA: Bidaan bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) untuk bulan April akan digantung, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam kenyataan media hari ini (5 Apr).

Ini memandangkan kedai-kedai pengedar kenderaan dan bilik pameran akan ditutup semasa tempoh mempertingkatkan jarak selamat yang menetapkan perniagaan bukan penting ditutup antara 7 Apr dengan 4 Mei.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan pada Jumaat (3 Apr) langkah-langkah dipertingkat ini bertujuan untuk "memutuskan rantaian jangkitan COVID-19" bagi membendung penularannya.

Menurut LTA, ia akan terus memantau keadaan dengan rapi dan memberikan kemas kini berhubung bidaan seterusnya.

Para pengedar boleh menggunakan bekalan COE Sementara (TCOE) untuk mendaftarkan kenderaan baru, tambahnya.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan