Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

LTA beri lesen kepada 6 pengendali kongsi basikal

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan memberi lesen kepada enam pengendali khidmat kongsi basikal setelah mereka membayar penuh yuran lesennya.

Anggaran Waktu Membaca:
LTA beri lesen kepada 6 pengendali kongsi basikal

Basikal-basikal ofo di Singapura. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 29 Oct 2018 08:47PM Dikemas Kini : 29 Oct 2018 08:50PM

SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan memberi lesen kepada enam pengendali khidmat kongsi basikal setelah mereka membayar penuh yuran lesennya.

Lesen penuh diberikan kepada ofo, Mobike dan SG Bike. Anywheel, Grabcycle dan Qiqi Zhixiang pula diberi lesen percubaan.

Di bawah skim pelesenan baru, Mobike diberi kebenaran untuk menyediakan sehingga 25,000 basikal. Ini bermakna Mobike menjadi penyedia khidmat kongsi basikal terbesar di Singapura dari segi jumlah basikal.

ofo juga dibenarkan mengendalikan sehingga 25,000 basikal, jauh lebih rendah berbanding permohonan asalnya sebanyak 80,000 basikal.

Namun, ofo kini meminta jumlah itu dikurangkan kepada 10,000 basikal.

SGBike pula diberi lesen untuk menyediakan sehingga 3,000 basikal.

Bagi tiga syarikat yang diberi lesen percubaan, Anywheel dan Grab masing-masing diberi kebenaran menyediakan sehingga 1,000 basikal manakala Qiqi Zhixiang pula dibenarkan mengendalikan 500 basikal.

LTA memberi tempoh sehingga 1 November untuk syarikat-syarikat berkenaan mengurangkan jumlah basikal masing-masing seperti yang ditetapkan itu.

Sumber : CNA/HA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan