Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

LTA beri kontrak S$79 juta bina lanjutan NEL ke China State Construction Engineering

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menganugerahkan kontrak bagi pembinaan terowong-terowong stesen Punggol Coast bagi lanjutan Laluan Timur Laut (NEL) kepada cawangan China State Construction Engineering di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
LTA beri kontrak S$79 juta bina lanjutan NEL ke China State Construction Engineering

Lukisan stesen Punggol Coast yang bakal dibina. (Gambar: LTA)

Diterbitkan : 08 Dec 2017 07:26PM Dikemas Kini : 08 Dec 2017 07:36PM

SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menganugerahkan kontrak bagi pembinaan terowong-terowong stesen Punggol Coast bagi lanjutan Laluan Timur Laut (NEL) kepada cawangan China State Construction Engineering di Singapura.

Sebagai sebahagian daripada kontrak S$79 juta, syarikat tersebut bertanggungjawab membina sepasang terowong masing-masing sepanjang 830 meter antara stesen Punggol dan stesen Punggol Coast yang baru, menurut LTA dalam satu kenyataan hari ini (8 Dis).

Stesen baru itu akan menyokong Daerah Digital Punggol iaitu sebuah kawasan perusahaan yang sekarang ini sedang direka bentuk dan dirancang oleh pemaju, JTC.

Kerja-kerja pembinaan terowong-terowong itu bermula bulan ini dan dijangka siap menjelang 2023.

Lanjutan NEL sepanjang 1.6 kilometer itu akan beroperasi di kawasan Punggol Utara. Dengan stesen-stesen baru itu, sebanyak 17 perhentian secara keseluruhannya akan disediakan di sepanjang NEL.

LTA menyatakan bahawa China State Construction merupakan "kontraktor yang mantap" yang sudahpun menyelesaikan beberapa projek prasarana di Singapura dan China, termasuk stesen Kaki Bukit dan Geylang Bahru di Laluan Downtown 3.

Syarikat tersebut juga terlibat dalam reka bentuk dan pembinaan stesen Canberra di Laluan Utara-Selatan.

Ia baru-baru ini dianugerahi dua kontrak Circle Line 6 bagi pembinaan stesen Cantonment dan Keppel serta terowong-terowongnya dalam satu usaha sama dengan Nishimatsu Construction.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan